Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Demam Denggi, Dek Wan...

TERNYATA jangkitan demam denggi tidak membuatkan atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi...

Kaji Semua Keberkesanan Pemberian...

SEBAGAIMANA lazim pada Oktober, pembentangan belanjawan tahunan negara di Dewan Rakyat dinanti-nantikan rakyat....

Felda United Raih Kemenangan...

SHAH ALAM - Wakil negara, Felda United mencatat kemenangan pertama dalam bola sepak...

Jenazah CEO Cradle Fund...

PETALING JAYA - Selepas digali semula bagi membolehkan proses bedah siasat kedua dijalankan...

Sukan Ekstrem Negara Kini Bertaraf Dunia

SEPANG – Ketua penjelajah negara Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin menyifatkan kejayaan menamatkan misi penjelajahan ke titik 90 darjah Kutub Utara dalam Ekspedisi Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B) Rentas Kutub Utara 2017 sebagai penanda bahawa sukan ekstrem negara kini bertaraf antarabangsa.

Beliau yang ditemui di luar balai ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini melahirkan rasa syukur berjaya menamatkan eskpedisi berkenaan walaupun banyak cabaran tidak terduga yang dilalui.

“Saya berharap kejayaan ini akan menjadi motivasi dan inspirasi kepada golongan muda Malaysia untuk mencapai impian masing-masing dan meneroka dunia,” kata Qobin, 35.

Pesawat yang membawa Qobin dan dua lagi penjelajah negara iaitu Shahrom Abdullah, 38, dan Muhammad Irwan Yusoff Abdullah, 37, mendarat di KLIA pada pukul 12.15 tengah hari.

Ketiga-tiga mereka yang berjaya menamatkan misi berkenaan pada 11.06 malam waktu Malaysia pada Khamis 20 April lepas disambut di KLIA oleh Penasihat KE7B Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof dan ahli kelab KE7B.

Akmar Hisham berkata, kejayaan ekspedisi kali ini membuktikan Malaysia kini mempunyai penjelajah yang bertaraf dunia dan setaraf dengan penjelajah dari negara maju.

“Dari segi fizikal, penjelajah Malaysia kecil dan memerlukan waktu perjalanan yang lebih panjang. Sebab itulah kita perlu letak tempoh lebih panjang (untuk ekspedisi) berbanding penjelajah dari Amerika Syarikat.

“Tapi (biarpun kecil dari segi fizikal) yang penting penjelajah Malaysia sampai dalam tempoh sama dengan penjelajah negara maju,” katanya lagi.


Ditanya mengenai perancangan eskpedisi akan datang, Akmar Hisham berkata, semua itu bergantung kepada keadaan seperti dana yang mencukupi dan persediaan para penjelajah.

Berdasarkan perancangan, Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Utara 2017 membabitkan penjelajahan berski dengan menarik beban kereta luncur salji sejauh sehingga 130 kilometer yang dijadual memakan masa 11 hari, bermula dari Stesen Barneo ke titik 90 darjah Kutub Utara.

Bagaimanapun, ketiga-tiga penjelajah Malaysia itu berjaya menamatkan misi mereka dalam tempoh tujuh hari sahaja iaitu empat hari lebih awal.

Kumpulan penjelajah negara itu berlepas ke Oslo, Norway pada 4 April lalu sebelum berpangkalan di Longyearbyen, Svalbard, Norway selama seminggu.

Ekspedisi Kutub Utara ini merupakan ekspedisi keenam KE7B selepas Eskpedisi KE7B Tujuh Puncak Tujuh Benua 2010, Ekspedisi KE7B Renangan Perpaduan Selat Inggeris 2012, Ekspedisi KE7B Felda Everest 2013, Ekspedisi KE7B Merentas Greenland 2014 dan Ekspedisi Jelajah KE7B Kutub Selatan 2015-2016. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KE7B

Kategori