Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anggota JPJ Maut Kejar...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meninggal dunia akibat kemalangan...

Trend Melancong: Petanda Ekonomi...

DALAM beberapa tahun ini, kecenderungan rakyat Malaysia untuk melancong ke luar negara meningkat...

Majlis Syura Ulamak PAS...

KUANTAN - Majlis Syura Ulamak PAS telah meluluskan kerjasama parti itu dengan UMNO...

Van Dijk Simpan Rahsia...

PEMAIN pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk percaya Mohamed Salah berupaya mengatasi mana-mana pemain...

Sukarelawan Konvoi Ke Syria Ditahan 7 Jam Di London

SEPASUKAN sukarelawan Malaysia yang menyertai Konvoi Perpaduan Ambulans Untuk Syria menghadapi cabaran pertama mereka apabila ditahan selama tujuh jam di Lapangan Terbang Heathrow di London pada Sabtu.

Ketua pasukan konvoi tersebut, Mohamed Muaz Mohamed Ruslan, 27, berkata seramai 20 sukarelawan misi itu ditahan dan disoal siasat oleh imigresen dan polis Britain mengenai misi berkenaan.

“Kami telah bekerjasama dengan pihak berkuasa di sini sejak tiga minggu lepas dan saya sendiri sentiasa berhubung dengan polis United Kingdom (UK) mengenai maklumat misi kami.

“Mereka menahan kami hanya untuk tujuan soal siasat bagi memastikan tiada antara kami yang mempunyai niat buruk,” katanya kepada Bernama melalui aplikasi Whatsapp hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata pihak berkuasa Britain akhirnya memahami tujuan sebenar mereka sebelum membenarkan pasukannya menyertai lebih 150 sukarelawan antarabangsa dari beberapa negara.

Ini termasuk Australia, Jerman serta Indonesia yang berkumpul di UK bagi meneruskan misi penghantaran bantuan menerusi konvoi ambulans ke Syria.

“Isu Syria sangat sensitif di UK menyebabkan mereka sangat berjaga-jaga, lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Presiden Perancis esok. Semua sukarelawan masih tenang dan rasional ketika menjawab soalan walaupun diasak.


“Selepas kita jelaskan secara baik dan tunjuk semua dokumen berkaitan, mereka membebaskan kami. Kami tidak akan putus asa kerana ini hanyalah halangan dan cabaran pertama kami dalam melaksanakan misi ini,” jelas Mohamed Muaz.

Kesemua sukarelawan berumur antara 19 dan 35 tahun itu berlepas ke UK dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Khamis malam, dan dijangka tiba di Syria pada 4 Mei.

Mereka yang terdiri daripada aktivis kemanusiaan pelbagai badan bukan kerajaan tempatan termasuk Malaysian Life Line for Syria, Muslim Volunteer Malaysia, Global Peace Mission Malaysia dan Humanity Heroes.

Konvoi tersebut akan berlepas ke Idlib, Syria melalui Eropah bersama 100 buah ambulans lain termasuk tujuh ambulans dari Malaysia yang dilengkapi dengan keperluan perubatan, katanya. – BERNAMA

Kategori