MELIHAT pasangan yang disayangi tidur bersama dengan individu lain di atas katil, sudah tentu menimbulkan rasa marah hingga mahu mengamuk.
Tetapi tidak bagi lelaki dari Texas, Amerika Syarikat ini yang mengambil peluang itu untuk merakam ‘gambar kenangan’.
Mirror.co melaporkan, Duston Holloway pulang ke rumah dan mendapati teman wanitanya baring di sebelah seorang lelaki yang tidak dikenali dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat mabuk.
Meskipun terkejut dengan penemuan yang tidak disangka-sangkakan itu, Duston tidak mengamuk, sebaliknya merakam gambar mereka.
Malah Duston sempat berswafoto di depan mereka sebelum memuat naik gambar itu menerusi akaun Facebooknya.
“Apabila anda pulang ke rumah dan mendapati ada individu lain di katil bersama teman wanita anda! Lelaki yang baik, berhak mendapat wanita yang baik,” tulisnya di Facebook yang turut disertakan dengan emoji simbol ‘peace’.
Gambar-gambar berkenaan menunjukkan, teman wanita Duston masih memakai baju, sementara lelaki berkenaan sebaliknya.
Duston mengaku dia terasa ingin membelasah lelaki berkenaan tetapi dia berusaha menenangkan dirinya dan merakam gambar mereka sebelum keluar dari kediaman itu.
“Saya dengan tenang merakam gambar swafoto dan keluar dari rumah itu ‘like a boss’ lol. Saya cuba kejutkan dia, tetapi dia terlalu mabuk,” tulisnya.
Gambar yang dimuat naik Duston, tular di media sosial dan ramai netizen dari seluruh dunia memujinya yang kelihatan masih tenang meskipun berada di situasi yang agar sukar.
“Saya terima ribuan mesej dari orang ramai di seluruh dunia yang mengucapkan tahniah kepada saya kerana menjadi seorang lelaki yang baik dan tenang menghadapinya.
“Saya sangkakan dunia saya sudah berakhirnya, tetapi sokongan dari netizen membuatkan rasa rasa tak adalah teruk sangat seperti mana yang kita sangkakan (bila cinta dikhianati),” tulisnya. – MYNEWSHUB.CC