Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pemilik Restoran Beri Sarapan...

DALAM ajaran agama Islam, amalan bersedekah sangat dituntut dalam diri setiap penganutnya. Tetapi, amalan...

IMAM Hantar Dua Tan...

SEPANG - Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Imam) hari ini menghantar sebanyak dua tan...

Lelaki Tergamak Bakar Kawan...

YOGYAKARTA: Hanya tidak berpuas hati disebabkan urusan jual beli ikan, seorang remaja tergamak...

Foodpanda Naikkan Upah, Perkenal...

PETALING JAYA - Perkhidmatan penghantaran makanan, Foodpanda menaikkan upah setiap pesanan bagi penunggangnya...

Syarikat Xiaomi China Tembusi Pasaran Rusia

BEIJING – Syarikat teknologi gergasi China Xiaomi memperkenalkan produk telefon pintar keluaran syarikat itu di Rusia pada Selasa menerusi tiga produk baharu dalam usaha mengembangkan pasaran ke luar negara, lapor agensi berita China Xinhua.

Pada majlis perasmian, Xiaomi memperkenalkan tiga telefon pintar model Mi MIX, Mi Note 2 dan Redmi 4X, selepas syarikat pertama mula menjual produk di sana enam bulan lepas melalui perkongsian dengan syarikat pengedar RDC.

Menerusi perkongsian strategik jangka panjang, RDC bertindak sebagai pengedar dan menyokong produk Xiaomi di Rusia selain membangunkan satu rangkaian pusat perkhidmatan rasmi.

Ketiga-tiga model itu boleh didapati dalam talian di laman web rasmi RDC dan di kedai bermula 26 April.


Redmi 4X juga boleh didapati di kedai dan pengedar yang merupakan rakan kongsi utama.

Syarikat berkenaan mula mengembangkan khidmatnya ke luar negara tiga tahun lalu dan kini menjual produk di lebih 20 buah wilayah dan negara. – BERNAMA

Kategori