Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ujian Vaksin Covid-19 Pertama...

WASHINGTON - Ujian klinikal untuk menilai keberkesanan vaksin koronavirus (Covid-19) bermula pada Isnin...

Pesawat AirAsia Patah Balik,...

KOLKATA - Penerbangan AirAsia dari Kolkata ke Mumbai yang membawa seramai 114 penumpang...

Kereta Sport Lumba Merempit...

GUANGZHOU – Polis wilayah Guangdong, China menyita 12 buah kereta sport mewah dari...

Gempar.. ‘Pocong’ Muncul Dekat...

INGAT lagi tak, beberapa hari lalu kecoh perihal penemuan lembaga berupa 'pocong' di simpang...

Tangkap Ikan Secara Haram: Bot Nelayan Vietnam Ditahan

KUANTAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan Vietnam yang dinaiki seorang tekong dan 17 awak-awak kira-kira 27 batu nautika dari timur Pulau Tioman dekat Rompin, petang semalam.

Timbalan Pengarah Maritim Wilayah Timur, Kapten (Maritim) V. Panir Selvan berkata penahanan bot itu dibuat hasil maklumat nelayan tempatan dan rondaan kapal KM Pekan di kawasan terbabit.

“APMM mendapati bot itu melakukan aktiviti menangkap ikan secara haram di kawasan perairan negara menggunakan pukat tunda ganding yang tidak dibenarkan kerajaan Malaysia.

“Semua tekong dan awak-awak yang ditahan berusia antara 18 hingga 40 tahun serta tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Panir Selvan menambah semasa ditahan, tekong bot itu juga cuba memberi rasuah RM3,000 kepada pegawai memerintah KM Pekan, Kapten (Maritim) Robert Teh Geok Chuan bagi mengelak daripada dikenakan tindakan.

Beliau menambah pemeriksaan ke atas bot itu menemukan 500 kilogram sotong kering, 250 kilogram ikan bercampur dan 500 kilogram ikan baja dan nilai rampasan termasuk bot serta hasil tangkapan dianggarkan bernilai RM1.05 juta.


“Semua yang ditahan dibawa ke jeti APMM Tanjung Sedili, Johor untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009,” katanya.

Beliau berkata APMM akan menggiatkan operasi rondaan antara Pulau Tioman dan Pulau Pemanggil kerana ia dilihat menjadi titik panas bagi kegiatan penangkapan ikan secara haram oleh warga asing di negeri ini.

Nelayan tempatan juga digalakkan untuk membuat aduan jika terdapat nelayan asing yang menjalankan penangkapan ikan di kawasan perairan negara bagi memastikan mereka dikenakan tindakan sewajarnya, tambah beliau.

“Nelayan perlu mengguna kemudahan radio amatur yang ada untuk membuat laporan…jangan tunggu apabila berada di darat baru laporan dibuat. Kita boleh bertindak segera sekiranya aset-aset kita berada berhampiran lokasi kejadian,” katanya. – BERNAMA

Kategori