Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Hantaran FB Suami Ketua...

PUTRAJAYA : Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu hantaran Facebook (FB) suami Ketua Hakim...

JHL Dapatkan Bantuan Polis...

TARAKAN - Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah mendapatkan bantuan polis untuk menjejaki pembunuh...

Perlu Lebih Tindakan Henti...

KUALA LUMPUR - Lebih banyak perundingan dan tindakan susulan diperlukan bagi menghapuskan ancaman...

Kanak-Kanak 2 Tahun Parah...

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun kini bertarung nyawa selepas dirogol dan dikelar lehernya,...

Tawar RM1 Tukar Minyak Masak Terpakai 1 Liter

SERDANG – Mungkin masih ramai lagi tidak tahu ke mana hendak dibuang minyak masak terpakai selepas beberapa kali digunakan di dapur sehingga ada terpaksa buang ke dalam saliran longkang.

Bagaimanapun sebenarnya ada beberapa tempat yang sedia menerima minyak masak terpakai untuk dikitar semula waima minyak hitam yang dikeluarkan daripada enjin kereta ketika penyelenggaraan di bengkel servis kenderaan.

Salah satu pusat pengumpulan itu terdapat di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini dengan mewujudkan sebanyak tiga tempat pengumpulan, sekali gus turut memudahkan orang ramai khasnya di sekitar Lembah Klang.

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, tempat berkenaan terletak di Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) serta Kompleks Biorefinery (Loji Pandu Biokompos).

Lebih menarik, pusat pengumpulan tersebut meskipun dibuka dari Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang, ia turut menawarkan insentif sebanyak RM1 bagi setiap satu liter minyak masak terpakai.

Menurut Pegawai Sains Kompleks Biorefinery, Fakulti Sains Bioteknologi dan Biomolekular UPM, Mohd. Ridzuan Othman, program pengumpulan itu dilakukan di bawah kempen anjuran UPM dengan kerjasama Yayasan CIMB.

Setiap individu bagaimanapun dihadkan membuat penukaran sebanyak 15 liter setiap hari. Minyak masak terpakai itu akan dikitar semula menjadi biodiesel yang kemudiannya digunakan pada kenderaan jentera-jentera UPM.


Jelas Mohd. Ridzuan lagi, proses kitar semula minyak terpakai untuk diubah menjadi biodiesel lazimnya dilakukan sekali seminggu di kompleks tersebut dengan membabitkan sebanyak 100 kilogram minyak masak terpakai itu.

Kata beliau, sekurang-kurangnya tempoh selama tujuh jam diperlukan untuk memproses semula minyak masak terpakai berkenaan yang membabitkan campuran bahan kimia lain seperti kalium hidroksida dan metanol.

“Kami akan memproses minyak masak terpakai ini pada hujung minggu dan proses ini akan menghasilkan sehingga 90 liter biodiesel. Selebihnya adalah bahan buangan daripada minyak terpakai tersebut,” ujar Mohd. Ridzuan.

Untuk rekod, penyelidikan berkaitan penghasilan biodiesel sebenarnya telah dimulakan sejak 2012 dan usaha murni tersebut diteruskan lagi pada tahun ini dengan kerjasama pihak Yayasan CIMB. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori