Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kes Culik Budak Guna...

APABILA sebut mengenai kes penculikan kanak-kanak, sudah tentu bayangan van berwana putih akan...

Lelaki Buat Kerja Rumah...

KUALA LUMPUR - Stigma masyarakat Malaysia beranggapan lelaki yang membuat kerja-kerja wanita di...

Fasha Akui Rapat Dengan...

SEMENJAK menjadi ibu tunggal, pelakon popular Fasha Sandha tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana...

Aktiviti Haram Di Perairan...

LABUAN - Sepanjang tahun lepas, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan melakukan sekurang-kurangnya...

Tempoh Reman Pemimpin Muda PKR Disambung 4 Hari

PUTRAJAYA – Tempoh reman terhadap seorang pemimpin muda PKR Selangor dilanjutkan empat hari lagi bermula esok bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa dimilikinya.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman sehingga 22 April ini selepas permohonan lanjutan itu dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Lelaki bergelar ‘Datuk’ berusia 28 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 14(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Lelaki itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9.18 pagi tadi oleh pegawai SPRM dan dilihat memakai baju lokap berwarna jingga dengan kedua-dua tangannya bergari selepas tempoh reman lima hari sejak Jumaat lepas berakhir hari ini.

Pemimpin muda PKR itu ditahan semasa hadir di ibu pejabat SPRM di sini pada 13 April lepas bagi memberi keterangan berhubung siasatan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.


Lelaki tersebut menjadi tumpuan selepas media melaporkan kemewahan luar biasa termasuk ng didakwa memiliki banglo bernilai jutaan Ringgit dan beberapa kereta mewah meskipun baru memegang jawatan dalam PKR.

Susulan itu, Ketua UMNO Ampang, Datuk Ismail Kijo membuat laporan kepada SPRM. – BERNAMA

Kategori