Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tiada Rancangan Tubuh RCI...

KUALA LUMPUR - Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini menegaskan adalah salah untuk...

Cadangan Pinda Akta GST...

KUALA LUMPUR - Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 akan dipinda bagi membolehkan...

MH370: Hantar Pegawai DCA...

KUALA LUMPUR - Malaysia menghantar pegawai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ke Madagascar untuk...

Manis Masih Terasa, Fattzura...

RASA cemburu pula apabila tengok kemesraan pengantin baharu Fazura dan Fattah Amin ni....

Terkejut Wajah Seiras, Rossi Peluk Lelaki Perak Ini

MUNGKIN benar tanggapan bahawa dalam dunia ini terdapat tujuh orang wajah seiras.

Ianya turut terbukti berlaku pada bintang Moto GP, Valentino Rossi yang terkejut melihat wajah seorang lelaki dari Sitiawan, Perak kerana merasakan wajah mereka seiras.

Ketika pertemuan itu, Rossi sedang mengadakan sesi autograf di Litar Sepang sekitar Oktober tahun lalu.

Kisah Rossi bertemu dengan lelaki seirasnya menjadi tular selepas gambar yang diambil mereka menjadi tular di laman sosial baru-baru ini.

Mengimbas kembali detik itu, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Muhammad Izwan Kamal, 25, mengakui ianya kenangan termanis buatnya.

Menurutnya, ketika pertemuan itu, Rossi terkejut apabila melihatnya sebelum tiba-tiba bangun memeluknya dan meminta untuk merakam gambar bersama.

Sedangkan, ketika sesi autograf itu peminat tidak dibenarkan bergambar dengan juara dunia sembilan kali itu.

“Dia terkejut, saya pun terkejut.

“Dia terkejut dengan penampilan dan wajah saya sama seperti dia, saya juga terkejut kerana dia bangun dan memeluk lalu meminta untuk bergambar.

“Sebelum ini ramai yang mengatakan wajah saya mirip Rossi, tetapi menafikannya, apabila saya ubah penampilan seperti Rossi sejak empat tahun lalu, ya memang ada sedikit sama,” katanya kepada Harian Metro.


Tuah wajah seiras yang dimilikinya itu juga membuatkan ramai yang mengambil peluang merakamkan swafoto bersama-sama Izwan.

Terkejut Wajah Seiras, Rossi Peluk Lelaki Perak Ini

Terkejut Wajah Seiras, Rossi Peluk Lelaki Perak Ini

Selain memiliki wajah seiras dengan Rossi, Izwan akui mempunyai minat mendalam dalam sukan permotoran sejak di bangku sekolah.

Atas minat itu, dia membuka sebuah kafe berkonsep peminat Rossi bernama ‘46 Fans Cafe’ di Subang Jaya, Selangor sejak setahun lalu.

Kafe yang menawarkan makanan barat dari Itali itu turut mempamerkan sebuah motosikal berkuasa tinggi mirip kepunyaan Rossi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori