Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

KPN Sah Suspek Wanita...

KUALA LUMPUR - Berita kematian abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un mati...

Juadah Ramadan Bayar Ikhlas...

SERING kali diviralkan di media sosial berkenaan dengan peniaga yang cuba mengaut keuntungan...

Video: Budak Nangis Teresak-Esak...

TINDAKAN seorang guru yang menjerit dan menengking anak didiknyaƂĀ dalam kejadian di sebuah pusat...

Malaysia Komited Akhiri Wabak...

KUALA LUMPUR ā€“ Malaysia komited untuk mengakhiri wabak tuberkulosis (TB) menjelang tahun 2035,...

Tiada Aduan Minyak Masak Tidak Cukup Di N.Sembilan

SEREMBAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan setakat ini tidak menerima sebarang aduan sama ada daripada pengguna mahu pun peniaga mengenai masalah bekalan minyak masak paket yang tidak mencukupi di sekitar negeri ini, kata Pengarahnya, Ain Arjuna Aziz Zaman.

“Pihak kami melakukan pemantauan harian di setiap kedai dan mendapati bekalan minyak masak paket tidak terputus seperti di beberapa pasar raya yang mendakwa sudah hampir lebih seminggu mereka tidak mendapat bekalan tersebut.

Kita juga tidak menerima apa-apa aduan berkaitan bekalan minyak masak paket walaupun terdapat beberapa kawasan yang terputus bekalan kerana mereka sendiri menghadapi masalah dengan kilang pembekal. Kadang-kadang punca peniaga terputus bekalan ini kerana mereka mengambil tempahan dari pembekal luar dari Negeri Sembilan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan beberapa peniaga yang mendakwa terputus bekalan minyak masak paket sejak minggu lepas.

Mengulas lanjut, Ain Arjuna berkata di Negeri Sembilan, terdapat enam kilang pembungkusan semula minyak masak paket namun ia terpulang kepada syarikat untuk memilih termasuklah dari luar negeri ini.
“Pihak kita tidak boleh menghalang mana-mana syarikat untuk memilih mana-mana kilang pembungkusan semula. Ia terpulang kepada mereka untuk mengambil bekalan dari kilang pembungkusan semula di negeri ini atau mana-mana kerana setiap syarikat mempunyai strategi perniagaan yang berbeza.

Ada yang dah biasa mengambil tempahan dari luar, jadi sekiranya mereka menghadapi masalah terputus bekalan, itu di luar kawasan kami,” katanya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini dipetik sebagai berkata kementerian melantik empat syarikat yang mempunyai kuota tambahan untuk membekalkan bekalan minyak masak paket di kawasan yang dilaporkan kurang bekalan di seluruh negara.

Hamzah berkata lantikan itu bagi membolehkan syarikat berkenaan mengedarkan stok penimbal minyak masak paket bagi mengimbangi kekurangannya di pasaran.


Tinjauan Bernama di beberapa pasar raya dan peniaga di sini, semalam mendapati beberapa peniaga mendakwa tidak mendapat bekalan minyak masak paket yang mencukupi dan bingung tentang punca kekurangan bekalan ini berlaku.

Penyelia pasar raya Zemart Sikamat Crystal Tee, 34, ketika ditemui mendakwa pasar raya itu sudah hampir seminggu lebih tidak mendapat bekalan minyak masak paket.

Senada dengan Crystal, Pengurus Pasar Raya Family Store, P. Sakthivel, 36, juga mengakui tidak mendapat bekalan minyak masak paket namun bekalan minyak masak botol masih mencukupi.

Peniaga goreng pisang Mohd Asraf Zakaria, 25, berkata kesukaran untuk mendapatkan bekalan minyak masak paket sedikit menjejaskannya perniagaannya.

Pada 26 Okt tahun lepas, Hamzah mengumumkan harga minyak masak paket satu kilogram (kg) kekal RM2.50 tetapi minyak masak dalam botol akan dijual mengikut harga pasaran berkuatkuasa 1 Nov lepas. – BERNAMA

Kategori