Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Betul Ke? Uptown Shah...

BARU-baru ini, status seorang wanita mendapat perhatian ramai warga Internet apabila dia meluahkan...

Dua Anggota Maritim Malaysia...

LAHAD DATU - Dua anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim...

Lelaki Digilis Kerana Berang...

BERANG dan tidak berpuas hati apabila, pemandu lori membunyikan hon, seorang lelaki cuba...

Apa Sebenarnya Berlaku Pada...

JAMAL Khashoggi memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada tengah hari Selasa, 2...

Tiada Campur Tangan Politik Pembatalan Permit Debat

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan wujud campur tangan politik dalam keputusan pembatalan permit debat antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan membatalkan permit debat di Kuala Kangsar dan Shah Alam itu dibuat sepenuhnya oleh Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat dan Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan.

“Ia keputusan pengoperasian dan tidak dirujuk kepada saya sebagai Menteri Dalam Negeri apatah lagi kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya kepada pemberita semasa lawatannya ke The International Modern Arabic School, di sini hari ini.

Ditanya sama ada keputusan itu akan dikaji semula, Ahmad Zahid berkata beliau sedia meneliti arahan-arahan Ketua Polis Selangor dan Pemangku Ketua Polis Perak berhubung pembatalan permit itu serta alasan yang diberikan.

“Saya perlu mengkaji alasan-alasan kenapa debat itu dibatalkan. Jika kami rasa debat itu perlu diteruskan, kami akan minta polis beri permit,” katanya.


Bagaimanapun, jika pihak polis menasihatkan supaya debat itu tidak diteruskan, beliau akan menghormati cadangan dan keputusan tersebut, kata Ahmad Zahid.

Ahad lepas, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff dilaporkan sebagai berkata debat antara Dr Mahathir dan Mohamed Nazri di Kompleks Karangkraf, Shah Alam yang dijadualkan pada 7 April ini dibatalkan atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.

Sebelum itu, debat di Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kati, Kuala Kangsar yang dijadualkan pada 25 Mac lepas turut dibatalkan oleh Polis Perak atas faktor yang sama. – BERNAMA

Kategori