Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Gempa Di Sabah Tiada...

PEMBANTU Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Kamarlin Ombi menyifatkan kejadian...

Sering Share Gambar ‘Sweet’...

KEPUTUSAN untuk berkahwin semula dengan Eddie selepas bercerai kali pertama dahulu, ternyata memberi sinar...

Berbalah Tentang Kahwin, Miley...

BAHARU sahaja berita tentang perkahwinan pasangan antarabangsa Miley Cyrus dan Liam Hemsworth dihebahkan,...

Hutan Simpan Kenaboi Diwarta...

JELEBU - Sebahagian kawasan hutan Simpan Kenaboi yang seluas 9,450 hektar akan diwartakan...

Tiada Jangkitan Baharu H5N1 Dikesan Di Kelantan

KOTA BHARU – Tiada jangkitan baharu penyakit selesema burung (H5N1) dikesan di Kelantan sejak 25 hari lalu, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan.

JPV Kelantan dalam satu kenyataan hari ini berkata setakat ini sebanyak 36 lokasi kekal disahkan positif wabak itu membabitkan Kota Bharu (15 lokasi), Pasir Mas (6), Tumpat (5), Bachok (6), Pasir Puteh (3) dan Tanah Merah (1).

“Secara keseluruhan sebanyak 56,953 ternakan unggas dan 17,531 biji telur dilupuskan setakat semalam serta 3,792 sampel diambil daripada 647 pemilik ternakan unggas,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut melaporkan sebanyak 9,812 kenderaan telah diperiksa dan 43 kes rampasan dilakukan melibatkan 221 ekor unggas menerusi beberapa sekatan jalan raya di beberapa kawasan strategik.

Di GUA MUSANG, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata kerajaan negeri berpuas hati dengan langkah pelbagai pihak dalam membendung penularan wabak berkenaan.


Che Abdullah berkata, sekatan jalan raya masih diteruskan di Jalan Gua Musang – Kuala Krai bagi menghalang pergerakan unggas termasuk ayam dibawa masuk ke Kota Bharu dan jajahan lain sehingga keadaan benar-benar selamat.

“Ini membuktikan penguatkuasaan larangan membawa masuk unggas dari luar (Kelantan) berjaya membendung penularan H5N1,” katanya selepas merasmikan Karnival Bertani Satu Ibadah di Tapak Pasar Malam Chiku 3 di sini, hari ini.

Kerajaan Kelantan pada 15 Mac lepas mengisytiharkan H5N1 sebagai bencana negeri selepas beberapa ekor ayam kampung mati akibat wabak berkenaan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong di sini pada 6 Mac lepas.- BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • H5N1

Kategori