Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

187 Mangsa Banjir Dipindahkan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 187 orang melibatkan 61 keluarga kini ditempatkan di dua...

Wanita Thai Ke Tali...

ALOR SETAR - Seorang wanita warga Thailand dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi,...

ADUN BN Tolak Peruntukan...

SHAH ALAM - Semua 12 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Selangor...

Tangani Ancaman IS Secara...

PUTRAJAYA - ASEAN perlu bertindak secara kolektif dalam menangani ancaman kumpulan militan IS...

Tiada Job Selain Mak Cun, Balkisyh Niaga Tepi Jalan

PELAKON Balkisyh Semundur memberitahu dia terpaksa membuka gerai menjual nasi ayam dan laksa kira-kira kerana tawaran berlakon yang diterimanya semakin berkurangan sejak tiga tahun lalu.

Tambah Balkisyh, 30; dia mula memikirkan jalan lain untuk menambah pendapatan bagi menampung kos perbelanjaan harian kerana pendapatan yang diperoleh daripada lakonan tidak seperti dahulu lagi.

“Pada tahun pertama, saya masih mampu bertahan tetapi kini sudah masuk ke tahun ketiga. Saya perlu memikirkan sesuatu untuk menampung perbelanjaan seharian.

“Saya tidak tahu di mana silapnya hingga saya tidak dapat tawaran selain drama Mak Cun. Jadi saya ambil keputusan untuk buka gerai tepi jalan di Wangsa Maju jual laksa dan nasi ayam kukus,” katanya.

Jelasnya lagi kepada mStar Online, trend drama bersiri yang agak panjang juga mungkin menjadi punca dia kurang mendapat tawaran untuk berlakon.


“Sekarang ni drama panjang berpuluh-puluh episod dan jika nama kita tidak terselit, lama juga untuk tunggu drama-drama lain.

“Lebih susah bila kita bukan senarai nama kegemaran stesen televisyen. Saya pernah bertanya kepada mereka, mereka pula kata, mereka fikir saya yang tidak mahu berlakon lagi,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori