Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Polis Siasat Presiden Afrika...

JOHANNESBURG – Polis Afrika Selatan hari ini mengesahkan bahawa mereka sedang menjalankan siasatan...

Nama Calon KPN Baharu...

MUAR - Nama calon Ketua Polis Negara yang baharu sudah diserahkan kepada Perdana...

JPN Nafi Terlibat Isu...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan terlibat dengan isu berkaitan Projek...

Pulau Batu Puteh Pun...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) memperlekehkan usaha kerajaan Malaysia memohon semakan...

3 Kali Kedai Emas Disamun Dalam 20 Tahun

MALANG sungguh nasib pemilik sebuah kedai emas di Jalan Tun Abd Aziz, Kajang, Selangor apabila premisnya disamun untuk kali ketiga petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, empat suspek memakai topi keledar penuh menyamun kedai emas berkenaan dengan hanya bersenjatakan objek menyerupai pistol.

Susulan insiden berkenaan, pemilik kedai emas tersebut kerugian kira-kira RM100,000 selepas suspek berjaya membawa lari pelbagai barangan kemas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nayan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.33 petang berhubung kejadian berkenaan.

“Ketika kejadian, terdapat cuma dua pekerja warga India bersama-sama dengan dua pelanggan berada dalam premis berkenaan.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat empat suspek memakai topi keledar penuh menyamun kedai emas berkenaan dengan bersenjatakan objek menyerupai pistol,” katanya.

Othman dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihak forensik turut menemui 10 kesan cap jari di lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek terbabit dalam kes samun itu,” katanya.


Menurutnya, kejadian samun di premis tersebut pernah berlaku pada 2005 dan sekali lagi awal tahun 2015 sejak premis itu mula beroperasi sekitar 1997.

“Polis sedang meneliti 10 kamera litar tertutup di dalam dan luar premis berkenaan.

“Pemerikaan mendapati premis tersebut tidak mempunyai pengawal keselamatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 295/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.

Kejadian tersebut menjadi tular di media sosial apabila rakaman CCTV memaparkan empat suspek masuk ke dalam dan memecahkan kotak yang menempatkan barang kemas.

Seorang daripada suspek dilihat berkawal di hadapan kedai dengan memegang senjata menyerupai pistol sementara tiga rakannya lain mengambil barang kemas tersebut.

Menerusi rakaman tersebut terdapat dua pelanggan yang berada di dalam premis namun tiada kecederaan dilaporkan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori