Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Lama Berundur, Bursa...

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur...

SPRM Kelantan Tahan 33...

KOTA BAHARU - Seramai 33 suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan...

91 Warga Asing Di...

MIRI – Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 91 lelaki warga Indonesia dalam Ops...

Belanjawan 2021 Penting Untuk...

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2021 penting buat sektor pendidikan agar segala perancangan dan...

Tiga Pekerja Kilang Ais Nyaris Maut Terhidu Gas Ammonia

KUALA KANGSAR – Tiga pekerja nyaris maut apabila terhidu gas ammonia ketika sedang bertugas di sebuah kilang ais di Taman Sri Maju di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.54 tengah hari, ketiga-tiga lelaki itu mengalami sesak nafas dan kini dirawat di Hospital Kuala Kangsar.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Khairil Anuar Sharuddin berkata sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira 2 petang.

“Sebaik menyedari kejadian terbabit, semua pekerja di dalam kilang diarah keluar manakala tiga mangsa yang terhidu gas itu dibawa ke hospital dengan ambulans,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Menurutnya, identiti kesemua mangsa dan keadaan mereka masih belum dapat dipastikan kerana masih menunggu laporan lanjut mengenainya.

Katanya punca kebocoran gas masih dalam siasatan dan operasi sedang dijalankan oleh sepasukan anggota Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh. – BERNAMA

Kategori