Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Krisis Air 20 Tahun...

JERANTUT: Seramai 700 penduduk Felda Sungai Retang di sini, sudah boleh menarik nafas...

Azri AF Didakwa Celup...

SEPANJANG dua tahun pasangan Azri AF9 dan Selma Mentor mendirikan rumah tangga, tiada...

Rais Tegur Sikap Ahli...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim pada...

TMJ Akui JDT Diluar...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

3 Rakyat Malaysia Bakal Takluk Kutub Utara

SEPANG – Tiga anggota Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) hari ini berlepas ke Longyearbyen, Svalbard, Norway sebelum ke Kutub Utara bagi menjayakan ekspedisi meluncur di atas ais sejauh 111 kilometer.

Ekspedisi KE7B Kutub Utara 2017 disertai ikon sukan lasak negara, Muhammad Muqharbbin Mokhtarrudin, 35; atlet dualthlon dan triathlon negara, Shahrom Abdullah, 38; dan Muhammad Irwan Yusoff Abdullah, 37.

3 Rakyat Malaysia Bakal Takluk Kutub Utara
(Dari kiri) Shahrom Abdullah, Muhammad Muqharbbin Mokhtarrudin dan Muhammad Irwan Yusoff Abdullah.

Kumpulan itu akan menjelajah “Last Degree Ski” sejauh 111 kilometer di bawah cuaca yang sejuk ekstrem dengan suhu boleh mencecah negatif 50 darjah celsius selama 11 hari.

Mereka akan memulakan misi pada 12 April ini dan bakal mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia terawal menakluk Kutub Utara.

Penasihat KE7B Malaysia, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata kumpulan itu akan memulakan penjelajahan dari Stesen Barneo ke Titik Kosong Darjah Kutub Utara.

3 Rakyat Malaysia Bakal Takluk Kutub Utara
Penasihat KE7B Malaysia, Datuk Akmar Hisham Mokhles.

Akmar yang juga Setiausaha kepada perdana menteri berkata kumpulan itu akan berpangkalan di Longyearbyen, Svalbard selama enam hari untuk menjalani proses penyesuaian diri serta persiapan akhir kelengkapan.

“Saya yakin ketiga-tiga mereka akan berjaya dalam ekspedisi ini kerana mereka telah melakukan persiapan yang rapi.

“Kami berharap cuaca yang baik dan tidak berlaku ribut agar ekspedisi ini boleh tamat dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Longyearbyen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.


Sementara itu, Persiden KE7B, Muhammad Muqharbbin berkata mereka telah menjalani beberapa siri latihan fizikal di Jepun, Amerika Syarikat dan sekitar Malaysia.

Selain itu, beliau berkata mereka akan berski sambil menarik kereta luncur salji sepanjang ekspedisi itu yang mengandungi barang-barang keperluan seperti peralatan khemah, bekalan makanan dan pelbagai peralatan yang dianggarkan seberat 50 kilogram.

“Kami sudah bersedia dan kami yakin dapat melaksanakan misi ini dalam tempoh masa yang ditetapkan,” katanya.

Ekspedisi ke Kutub Utara itu menjadi ekspedisi keenam KE7B selepas Ekspedisi KE7B 7 Puncak 7 Benua 2010, Ekspedisi KE7B Renangan Perpaduan Selat Inggeris 2012, Ekspedisi KE7B Felda Everest 2013, Ekspedisi Jelajah KE7B Felda Greenland dengan ski 2014 dan Ekspedisi Jelajah KE7B Kutub Selatan 2015-2016. – BERNAMA

Kategori