Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Maut Dalam Kemalangan...

SEREMBAN - Seorang wanita maut dalam kemalangan apabila kereta yang dipandu suaminya melanggar...

Pelacur Asing Ditahan Bersama...

PULAU PINANG - Seorang pelacur dipercayai warga Vietnam ditahan bersama peralatan untuk menghisap...

Jumlah Tentera Ditambah Bantu...

KUALA LUMPUR - Jumlah anggota tentera ditambah bagi membantu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)...

Aliran Harga Getah Menurun...

KUALA LUMPUR – Pasaran getah Malaysia dijangkakan tidak banyak berubah minggu depan, namun...

Trend Laris, KTM Tambah Lagi 22 Unit Komuter Baharu

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah bersetuju membeli lebih banyak koc KTMB bagi memenuhi peningkatan permintaan tinggi orang ramai yang semakin gemar memilih perkhidmatan Komuter

Perkara tersebut disahkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Ketika ini dianggarkan lebih 100,000 penumpang menaiki Komuter setiap hari sekali gus mencatatkan sehingga mencecah 40 juta pengguna setahun.

“Perkhidmatan Komuter telah menjadi lebih popular selepas pihak KTMB berjaya mengurangkan masa menunggu di stesen kereta api daripada selama satu jam kepada hanya 15 minit ketika waktu puncak pada hari bekerja biasa.

“Kerajaan sudah membeli 22 unit tren ini dari China semasa lawatan saya ke Hunan baru-baru ini,” kata Tiong Lai kepada pemberita. Dilaporkan bahawa kesemua koc baharu itu dijangka dapat diserahkan pada akhir tahun 2018.

Terdahulu Presiden MCA itu merasmikan Pelan Lingkaran Inisiatif: Tahun Kebudayaan dan Kesenian Malaysia-China di Wisma MCA di sini pada Sabtu. Turut hadir ialah Duta Besar China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang.

Beliau berkata Kementerian Pengangkutan telah membeli tren daripada CRRC Zhuzhou Locomotive Co., anak syarikat pengeluar lokomotif terbesar di China iaitu China Southern Rail Group, dengan kos kira-kira RM800 juta.

Baca: Bunyi Amat Senyap Punca Ramai Maut Digilis Tren?

Pengeluar tersebut adalah pembekal koc sedia ada untuk perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara milik agensi RapidKL selain unit tren canggih laju antara bandar KTMB iaitu Electric Train Service (ETS).


Komuter diperkenalkan oleh KTMB bermula di Lembah Klang pada 1995 namun kini menghubungkan 79 buah stesen di Pantai Barat Semenanjung dengan 62 tren jenis EMU tiga gerabak dan 38 tren Class 92 enam gerabak.

Setakat ini, Komuter hanya meliputi sektor Lembah Klang dan Utara dengan jarak sejauh 456 kilometer. Ia bakal diperluaskan ke bahagian Selatan setelah projek landasan elektrik berkembar Gemas-Johor Bahru siap pada 2020.

Ia juga dijangka mampu menarik lebih ramai lagi penumpang apabila masa menunggu di luar waktu puncak dapat dipendekkan kepada 30 minit berbanding kini 45 minit selepas projek naik taraf selesai menjelang tahun 2019.

Ini kerana had laju setiap tren itu dapat dipertingkatkan kepada maksimum 160 kilometer sejam (km/j) daripada sekarang cuma 120 km/j ekoran kerja-kerja naik taraf landasan dan elektrifikasi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori