Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kabel Telefon Untuk ‘Menggaru’...

BEIJING - Doktor di China mengeluarkan kabel telefon sepanjang 0.9 meter dari zakar...

Nazri Tetap Akan Hadir...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz...

18 Ahli Kumpulan Kongsi...

Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di...

PAS Fokus Pengundi Cina...

SHAH ALAM - Hanya tinggal seminggu lagi tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Kecil...

Trump Pilih Naik Kereta Kuda Apabila Lawat UK

LONDON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilapor mengemukakan permintaan khas menjelang lawatannya ke United Kingdom (UK) Oktober depan.

Dia dikatakan mahu menaiki kereta kuda sebaik tiba di London dan kereta kuda yang diminta bukan yang lama.

Trump dijangka diberikan sambutan tradisi dengan perarakan kereta kuda di London dan menaikinya bersama Ratu Elizabeth kelak.

Ia termasuk menaiki kereta kuda bersalut emas itu ke Istana Buckingham walaupun kenderaan itu tidak kalis bom.

Menurut laporan The Times, Rumah Putih sudah menjelaskan Trump mahukan perarakan seperti itu walaupun presiden sebelumnya, Barack Obama yang melawat London pada 2011 memilih cara perjalanan kurang glamor.

Pegawai keselamatan sudahpun memberi amaran mengenai kesukaran yang akan dihadapi untuk mengawal kawasan yang akan dilalui dan ia kurang selamat.


Operasi keselamatan yang dirancang untuk lawatan Trump itu sudah dipercayai antara lawatan negara paling rumit pernah dirancang.

Satu sumber memberitahu akhbar itu: “Jika Trump menaiki kereta kuda, ancaman sudah pasti meningkat. Banyak yang perlu diatur, termasuk cermin kalis peluru. Tetapi, itu tidak mampu menahan seranghan bom tangan atau peluru berkuasa tinggi.”Agensi/myMetro Online

Kategori