Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Siti, Datuk K Bakal...

INI berita yang gembira buat peminat industri hiburan kerana penyanyi no.1 negara Datuk...

Lelaki Maut Kereta Dipandu...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam gaung...

350 Penghuni Rumah Panjang...

MIRI – Seramai 350 orang penghuni Rumah Panjang Usek Sumpit, Sungai Keriok daerah...

Kerajaan Akan Bantu Cari...

Kerajaan akan membantu untuk pihak Indonesia mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang ketika...

Tuntutan Palsu JPS: Tan Sri, 3 Lagi Dibebaskan

PUTRAJAYA – Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Tan Sri’ dan tiga lagi lelaki termasuk anak lelakinya yang direman lapan hari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu RM13 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkaitan projek pengindahan Sungai Melaka, dibebaskan hari ini.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahim membenarkan Tan Sri dan anak lelakinya dibebaskan dengan jaminan RM25,000 dan dua penjamin masing-masing manakala dua pegawai JPS dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dua penjamin masing-masing.

Mahkamah Majistret di sini sebelum ini mengeluarkan perintah reman terhadap Tan Sri, anaknya dan empat lagi lelaki yang berumur antara 33 hingga 63 tahun selama enam hari bermula 6 hingga 11 April lalu.

Rabu lepas, Tan Sri itu dan tiga lagi disambung reman selama dua hari lagi sehingga hari ini, manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan SPRM.


Dilaporkan sebelum ini kesemua pegawai JPS yang ditahan disyaki bersubahat dengan Tan Sri itu yang merupakan pemilik syarikat dilantik untuk membekalkan alat ‘geotube’ bagi projek JPS, membabitkan kerja pemulihan sungai dengan menggunakan kaedah penggalian pada sekitar 2012.

Kesemua lelaki itu didakwa membuat tuntutan pembayaran palsu berjumlah RM13 juta bagi pembekalan 358 unit geotube, sedangkan pembekalan dibuat sebanyak 89 unit dengan nilai RM4 juta. – BERNAMA

Kategori