Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Koperasi Kredit Bersaiz Kecil...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggesa 596...

Gitaris Ukays, Akel Zainal,...

BERITA bahawa bekas pemain gitar kumpulan Ukays, Akel Zainal kini salah seorang daripada...

Stimulus Packages Have Softened...

KUALA LUMPUR - The Government’s stimulus packages and the short-term economic recovery plan...

Mek Tuntung Terima Anugerah...

KEMAMAN - Usaha gigih dan penat lelah seorang penyelidik, Dr Chen Pelf Nyok...

Turun Padang Bersedia Hadapi Pilihan Raya

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengulangi ingatannya kepada wakil rakyat daripada Barisan Nasional di negeri ini supaya sentiasa turun padang dan terus bekerja sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.

Ketika diminta mengulas spekulasi pilihan raya negeri Sabah yang dikatakan semakin dekat, Musa berkata beliau sendiri tidak dapat memastikan bila pilihan raya itu akan diadakan.

“Sebenarnya, saya sendiri pun tidak tahu bila (pilihan raya). Biarlah media balik-balik buat spekulasi. Kalau tiada spekulasi, nanti ‘boring’ (bosan),” katanya kepada pemberita selepas persidangan dewan undangan negeri (DUN) di sini hari ini.

Musa ditanya pemberita mengenai spekulasi bahawa persidangan DUN kali ini merupakan yang terakhir sebelum pilihan raya akan datang.

“Kita (kerajaan) akan sentiasa bekerja seolah-olah pilihan raya itu adalah esok.

“Yang penting kita beri perkhidmatan yang baik kepada rakyat dan saya berharap semua program yang dirancangkan dilaksanakan tanpa kelewatan agar rakyat tidak ketinggalan dalam menerima manfaatnya,” katanya.

Menurut Musa, kerajaan juga akan terus mengadakan program turun padang melibatkan ketua menteri itu sendiri melawat perkembangan pembangunan di semua daerah di Sabah.

Mengenai persidangan DUN kali ini, beliau berpuas hati dengan penglibatan semua ADUN, termasuk pembangkang, dalam membahaskan ucapan dasar Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada persidangan DUN sejak Isnin (10 April) lepas.


“Kita dalam kerajaan sentiasa bersikap terbuka dan bersedia berbincang apa juga usaha dan cadangan untuk kebaikan rakyat dan negeri.

“Kita juga sentiasa mengalu-alukan saranan dan pendirian yang mungkin berbeza pendekatannya yang dikemukakan oleh wakil rakyat pembangkang,” katanya.

Mengenai Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dilafaz dan ditandatangani kabinet Sabah hari ini, Musa berkata ia sejajar dengan komitmen kerajaan untuk berkhidmat dengan telus dan mengamalkan integriti.

“Kita mesti ada integriti tinggi bagi memastikan semua kerja yang kita laksanakan berjalan dengan lancar.

“Rasuah akan menyebabkan rakyat rugi dan negeri pula akan mundur,” katanya. – BERNAMA

Kategori