TIDAK dinafikan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal merupakan antara pasangan popular yang sangat terkenal dengan sifat romantis mereka.
Aksi-aksi romantis mereka dapat dilihat menerusi perkongsian muat naik di laman sosial Instagram.
Sebagai contoh, Aeril melakukan kejutan sempena ulang tahun perkahwinannya dengan membawa team produksi CST productions demi merealisasikan impian Wawa yang ingin bekerjasama dengan mereka dalam penerbitan klip video lagu Hindustan, dua bulan lalu.
Baca: Sweetnya, Lepas Tudung, Aeril Hadiahkan Wawa…
Terbaharu, Aeril yang turut memiliki sikap sense of humour ini dilihat cuba bergurau di laman mikro Twitter dengan menulis meminta pendapat pengikutnya mengenai tudung yang mana satu lebih sesuai dengan buah hati pengarang jantungnya itu.
Dan ini antara balasan peminat terhadap twitnya itu.
Tak berapa lama selepas mendapat balasan twit daripada peminat tersebut, Aeril kemudian memuat naik gambar Wawa memakai tudung saji di sebuah kedai.
Haha.. Memang kelakarlah Aeril ni. Pandai berlawak dengan peminat..
Manalah peminat perempuan tak cair dengan lelaki macam Aeril ni, dah la kacak, pandai buat lawak pulak tu..
Yang penting, Wawa pakai tudung jenis macam mana pun tetap lawa dan cantik seperti selalu. Yela, orang memang dah sedia cantik kan, pakai apa pun semua nampak terletak. Tak gitu… – MYNEWSHUB.CC