Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Cadangan Wajibkan Pemancing Mesti...

Kecoh hari ini khususnya dalam kalangan pemancing tegar apabila ada cadangan dari Lembaga...

“Selagi Saya Hidup, UMNO...

KOTA BHARU – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji selagi hidup...

JPJ Sita Bas Sekolah...

KOTA BHARU - Cubaan seorang wanita yang memandu sebuah bas sekolah tanpa lesen...

Berbasikal Paralimpik Tamat Cabaran...

NILAI - Skuad berbasikal trek paralimpik kebangsaan menamatkan kempen Kejohanan Berbasikal Trek Asia...

“Ucapan Saya Diputar Belit” – Shabudin Yahya

AHLI Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya kesal cara media massa melaporkan perbahasannya semalam seolah-olah beliau menggalakkan jenayah seksual dan menyokong perkahwinan perogol dengan mangsa.

Shabudin ketika membahaskan usul cadangan pindaan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kulai bagi mengharamkan perkahwinan bawah umur 16 tahun, beliau telah sedia menjelaskan perkahwinan dan jenayah adalah dua perkara berbeza.

Katanya, dalam enakmen Islam dan peruntukan undang-undang sedia ada tidak menghalang sebarang perkahwinan mana-mana gadis dalam usia yang disebutkan. Namun apabila ia membabitkan kes rogol terdapat dua situasi yang boleh diambil tindakan berdasarkan kepada keputusan polis dan mahkamah.

Berikut merupakan penjelasan penuh Shabudin berhubung isu perkahwinan bawah umur ini:

“Saya amat kecewa dan terkejut dengan cara media massa yang melaporkan perbahasan saya secara tidak tepat seolah-seolah menggambarkan saya ini menggalakkan jenayah seksual dan menyokong perkahwinan perogol dengan mangsa.

“Semasa saya bahas usul bagi menolak usul cadangan pindaan dibawa oleh Ahli Parlimen Kulai untuk mengharamkan perkahwinan bawah 16 tahun, saya telah menjelaskan perkahwinan dan jenayah adalah dua perkara yang berbeza.

“Mengikut enakmen Islam, mana-mana gadis yang hendak berkahwin bagi yang berumur 16 tahun dan ke bawah, hendaklah mendapat kebenaran wali dan mahkamah.

“Manakala bagi laki-laki bawah umur 18 tahun yang juga ingin melangsungkan perkahwinan perlu mendapat kebenaran mahkamah dan ianya tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

“Ini bermakna, enakmen Islam tidak beri kuasa sepenuhnya kepada wali bagi membenarkan berkahwin di bawah usia 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki.

“Seterusnya, dalam perbahasan saya bercakap tentang perkahwinan antara perogol dan mangsa.

“Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah tiada apa-apa peruntukan yang menghalang mereka ini untuk berkahwin.

“Laporan media yang menunjukkan bahawa saya sokong perkahwinan perogol dan mangsa ini diambil dari luar konteks di mana penekanan saya sebenarnya adalah tentang peruntukan undang-undang sedia ada yang tidak halang sebarang perkahwinan dalam usia yang disebutkan.

“Walau bagaimanapun, kes jenayah rogol yang dilakukan itu masih tetap menjadi satu kesalahan jenayah dan terpulanglah kepada pihak polis dan mahkamah dalam menentukan hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan oleh perogol tersebut.

“Tetapi dalam realiti masyarakat, terdapat banyak kes rogol yang diklasifikasikan rogol oleh undang-undang sebagai ‘statutory rape’ tetapi atas dasar persetujuan bersama (with consent).


“Dalam menyelesaikan masalah tersebut keluarga cuba menutup malu dan tidak membuat laporan polis dan akhirnya membuat keputusan untuk mengahwinkan mereka.

“Walau bagaimanapun, perkahwinan itu tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya oleh pihak wali tetapi perlu dapat kebenaran mahkamah Syariah terlebih dahulu.

“Suka saya tegaskan, bahawa tidak ada apa-apa peruntukan undang-undang malah hukum syarak yang menghalang mereka daripada berkahwin.

“Isu ini sepatutnya dilihat dari sudut positif contohnya tentang masa depan mangsa itu sendiri terutamanya bagi kes ‘with consent’ tadi.

“Pada masa yang sama, perkahwinan ini bukanlah ‘back door exit’ untuk halalkan kesalahan rogol.

“Dari sudut pandangan agama, pelaku seksual boleh mengahwini pasangan (mangsa rogol) sama ada selepas atau sebelum beliau menjalani apa-apa hukuman tanpa sekatan.

“Namun, contoh dilaporkan oleh sesetengah media terutama The Star Online seperti ditularkan semalam dengan mengambil contoh gadis berusia sembilan dan 12 tahun terlalu ekstrem yang sebenarnya dalam masyarakat moden Islam sendiri sangat-sangat jarang berlaku.

“Antara asas dalam hakim untuk membuat pertimbangan adalah berdasarkan kepada keadaan di mana seseorang itu telah aqil baligh.

“Pokoknya, contoh umur yang saya nyatakan dalam perbahasan adalah soal aqil baligh dan ianya tidak terhad kepada umur sembilan atau dua belas tahun.

“Tetapi pihak media dalam laporan mereka menyatakan seolah-olah saya mengatakan perempuan berumur sembilan tahun terus boleh berkahwin tanpa mengambil kira soal aqil baligh terutamanya di bahagian tajuk laporan berita tersebut.

“Saya membahas dan menolak usul tersebut kerana usul itu berlawanan dengan peruntukan undang-undang Syariah seperti yang terkandung dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-Negeri. – MYNEWSHUB.CC

Kategori