Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ubah Lirik, Nidji Tak...

NYANYIAN semula lagu Hancur Aku oleh kumpulan Nidji menyebabkan ramai yang berasa ada...

Jamal Abdillah Mimpi Arwah...

Akhirnya impian Raja Pop untuk mengerjakan ibadah haji terlaksana pada usianya mencecah 55...

Juruelektrik Dipenjara 12 Bulan...

KUALA LUMPUR - Seorang jurueletrik dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret...

Pemilihan UMNO Bahagian Johor...

Johor Bahru : Proses pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru ditangguh dan digantung, selepas...

‘Ulat Parkir’ Didenda RM700 Oleh Mahkamah Trafik

KUALA LUMPUR – Seorang ‘ulat parkir’ didenda RM700 atau penjara empat hari oleh Mahkamah Trafik di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan tanpa kuasa sah mendesak pemandu meletakkan kenderaannya di sini, semalam.

Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap M. Letchumanan, 30, kerana mendesak seorang pemandu kereta untuk meletakkan kenderaan dan menuntut pembayaran wang darinya, di Jalan Doraisamy, di sini, pada 11.30 malam.

Bapa dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Trafik, Inspektor Hashimah Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan.


“Saya penanggung utama keluarga, saya mempunyai dua anak yang masih kecil, saya juga menjaga ibu bapa yang sudah tua,” katanya.

Berdasarkan fakta kes, lelaki itu ditangkap polis semasa dia menghampiri dan meminta seorang pemandu kereta meletakkan kenderaannya di situ. – BERNAMA

Kategori