Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan P.Pinang Tiada Kaitan...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang tidak terlibat langsung dengan perjudian tanpa lesen...

PKR Tanding PRN Johor...

PETALING JAYA : PKR akan bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menggunakan logonya...

Go Global eBay Tarik...

KUALA LUMPUR - Platform e-dagang global, eBay, yang melancarkan inisiatif ‘Go Global with...

Nicki Minaj Minta Rakan...

RAPPER terkenal Nicki Minaj rupanya ada menyimpan hasrat untuk menjadi seorang ibu dan...

UMNO, PAS Institusi Utama Umat Islam

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang dibentangkan di Parlimen pada 6 April lalu boleh dianggap mendapat sokongan keseluruhan umat Islam negara ini kerana tiga institusi utama umat Islam di Malaysia menyokongnya.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tiga institusi utama umat Islam Malaysia iaitu UMNO, PAS dan badan bukan kerajaan (NGO) muslim jelas menyokong RUU 355 yang bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah.

Manakala, kata beliau, kelompok umat Islam yang bersatu dengan non muslim anti Islam menolak RUU 355 di luar dan di dalam Parlimen tidak boleh diambil kira kerana mereka cuma sekumpulan kecil umat Islam yang dibuai kesombongan terhadap agama sendiri.

“Saya berani menyatakan usaha tersebut mendapat sokongan sepenuhnya umat Islam adalah kerana ia disokong dan digerakkan oleh tiga institusi utama yang terbina dalam masyarakat iaitu orang UMNO, orang PAS dan NGO-NGO muslim.

“Adalah mustahil bagi sebuah perjuangan menegakkan Islam untuk memperolehi sokongan konsensus hatta daripada kalangan umat Islam sendiri. Akan kekal wujud kumpulan yang leka dan dibuai kesombongan merajakan otak dan nafsu di hadapan syariah agama Allah. Ia penyakit umat yang perlu dihadapi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kelompok kecil umat Islam yang dimaksudkan tersebut dipercayai pemimpin Melayu Pakatan Harapan daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Pemimpin DAP, PKR dan PAN secara jelas menentang RUU 355 termasuk cuba menghalang ia daripada dibentang di Parlimen oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdu Hadi Awang baru-baru ini.

Parti sekular DAP yang mengetuai Pakatan Harapan pernah mendakwa RUU 355 merupakan strategi halus PAS untuk melaksanakan hukum Islam hudud yang zalim, kuno dan tidak bertamadun di negara ini.

Anggota parti Pakatan Harapan, PKR dan PAN pula mendakwa RUU 355 tidak boleh dibenarkan kerana ia mengelirukan dan menimbulkan keresahan umat bukan Islam.

Nik Mohamad Abduh dalam pada itu berkata, kejayaan pembentangan RUU 355 di Parlimen pada 6 April lalu secara langsung menenggelamkan fitnah besar yang dicanang penyokong Pakatan Harapan di media sosial kononnya UMNO menipu PAS.

Jelas beliau, musuh PAS terbabit menyebarkan dakyah kononnya UMNO bukan mahu menegakkan Islam tetapi hanya mahu memecah-belahkan pembangkang kerana UMNO sesekali tidak akan menyokong pembentangan itu, namun realiti menunjukkan sebaliknya.


Beliau menjelaskan, UMNO menyerahkan kembali hak pembentangan RUU 355 kepada PAS demi mengurangkan ketegangan di dalam Barisan Nasional (BN) dan PAS menerimanya kembali dengan penuh izzah dan kekuatan tanpa calar walau sedikit.

“Kini nyata fitnah adalah fitnah. Ia padam apabila tiada angin yang bertiup bagi menyokong dan memanjang temponya. Jika RUU 355 adalah senjata UMNO untuk menipu dan merosakkan PAS, maka tiada perlu lagi UMNO menyokong RUU 355 ini.

“Pakatan Rakyat sudah pun lama pecah dan berkubur manakala PAS pun sudah bergolak besar sehingga tertubuh parti serpihan baru. Jika begitu, saat hasrat UMNO dah tercapai, soalnya mengapa UMNO masih memberi sokongan pada RUU 355?” jelasnya.

Tambah beliau, PAS bukan ‘pak turut’ kepada kehendak musuh Allah S.W.T yang mahukan PAS mengubah hala tuju politiknya bagi menjatuhkan UMNO dan menggantikannya dengan sesiapun tanpa pertimbangan syarak.

Katanya, PAS tidak akan mudah diperdayakan oleh sesiapa termasuk tukang fitnah yang mahukan PAS tunduk terhadap kemahuan mereka.

“Hari ini siapakah yang memusuhi agama? Pada saat UMNO menyantuni institusi agama, lahir pula gerombolan musuh agama yang begitu lantang. Mereka menyeru kepada pemikiran liberal yang bermatlamat melarutkan Islam dan umatnya di dalam kehidupan bebas ala barat dan kekufuran.

“Anda perhatikan peringatan demi peringatan oleh presiden PAS tentang bahaya baru muncul ini. DAP yang memusuhi agenda Islam adalah pada garis yang pertama. Anak butir tahi PAP ini harus diperkenalkan sehingga ke akar umbinya. PAS telah diberi pengalaman menarik untuk bersama DAP dalam Pakatan Rakyat. DAP berjaya melarutkan sebahagian otak pemimpin PAS untuk mentafsirkan Malaysia secara otak DAP. Akhirnya hubungan PAS dan DAP berakhir dan ranap dengan permusuhan melampau DAP terhadap Islam,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori