Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Mukhriz Puas Hati Prestasi...

JERLUN - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Tun...

Neelofa Sangkal Dakwaan Bercinta...

BARU-baru ini terdapat dakwaan yang mengatakan pengacara jelita Neelofa dan pelakon Hans Isaac...

60 Rumah Rosak Akibat...

TAWAU - Kejadian ribut lewat malam tadi yang disusuli hujan lebat di Tawau...

Speaker Dewan Negara Usir...

KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pagi Selasa...

UNICEF Dakwa Kahwin Bawah 18 Tahun Langgar Syarak?

KUALA LUMPUR – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengingatkan Malaysia bahawa perkahwinan di bawah usia 18 tahun adalah salah kerana melanggar asas hak asasi manusia.

UNICEF dalam satu kenyataan berkata, perkahwinan dalam kalangan remaja berusia 18 tahun ke bawah menafikan hak mereka kerana pendidikan terganggu selain berhadapan risiko keganasan dan kesihatan.

Justeru, UNICEF menyokong penuh kenyataan sebilangan pihak di Malaysia yang menentang perkahwinan dalam kalangan mereka berusia bawah 18 tahun di negara ini.

“Perkahwinan kanak-kanak tidak lebih daripada satu budaya. Ia bukan sebahagian daripada syariah atau ibadah (Islam). Ia menjurus kepada impak yang bertentangan,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu dipercayai dikeluarkan berikutan perbahasan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya tentang isu perkahwinan antara mangsa rogol bawah umur dengan perogol berdasarkan pengalaman beliau sebagai Hakim Mahkamah Syariah.

Dalam perbahasannya, beliau mengulas ada antara kes rogol remaja perempuan bawah umur sebenarnya melibatkan hubungan seks suka sama suka remaja perempuan itu dengan teman lelakinya.

Justeru, jika ada keizinan wali dan kebenaran Mahkamah Syariah, gadis yang dikategorikan dirogol dalam aspek undang-undang kerana mengadakan hubungan seks di bawah umur dengan teman lelaki boleh dikahwinkan kerana maslahat yang dipertimbangkan kedua-dua pihak.


Maka, tidak timbul isu mangsa rogol akan berkahwin dengan orang yang ditakuti kerana Mahkamah Syariah akan menyiasat dan mempertimbangkannya sebelum kebenaran dikeluarkan sekiranya ada permintaan dan keizinan daripada wali untuk mengahwinkan kedua-dua mereka.

Malah besar kemungkinan perogol itu ialah teman lelaki yang saling menyayangi dan terlanjur melakukan persetubuhan tanpa menghiraukan umur gadis itu yang belum mencapai 16 tahun.

Pakatan Harapan yang diketuai DAP bagaimanapun mengambil kesempatan daripada perbahasan itu kononnya pemimpin UMNO menggalakkan jenayah seksual dan menyokong perkahwinan perogol dengan mangsa.

Pakatan Harapan sejak sekian lama mendesak kerajaan mengharamkan perkahwinan di bawah usia 18 tahun termasuk dalam kalangan umat Islam kerana menganggap ia sebagai satu perbuatan masyarakat kuno. – MYNEWSHUB.CC

Kategori