Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

4 Ditahan Bantu Siasatan...

GEORGE TOWN - Empat termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan...

UK Hasilkan Pokok TomTato,...

Sejenis tumbuhan luar biasa yang menghasilkan tomato di bahagian atas dan pada masa...

Israel Lancar Serangan Udara...

BAITULMAQDIS - Tentera Israel berkata pihaknya melancarkan serangan udara ke atas kumpulan Hamas...

Ops Lalang Bukti Mahathir...

KEJAM... Bagi generasi muda, kisah tragik ini tentu tidak diketahui tetapi amat dibenci...

Usahawan Muda Disaran Rebut Prospek Perniagaan

KUALA LUMPUR – Usahawan tempatan digesa untuk mengembangkan dan menerajui perniagaan di sekitar Jalan Petaling di sini yang merupakan antara hab perniagaan yang berpotensi.

Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin Woon berkata selain dikenali sebagai tapak warisan sejarah selama lebih 200 tahun di ibu kota, Jalan Petaling boleh menjadi platform bagi usahawan-usahawan muda mengembangkan kreativiti dan inovatif mereka dalam perniagaan.

“Contohnya di Taiwan, kebanyakan daripada pasar malam diterajui oleh usahawan-usahawan muda yang rata-ratanya menjual produk mereka secara kreatif dan inovatif seperti ais krim berasap, air batu campur pelbagai warna dan sebagainya.

“Hasil kreativiti mereka mendapat sambutan daripada ramai pelancong asing dan pengunjung muda ke pasar malam itu.

“Untuk itu, kami tidak mahu lagi Jalan Petaling dikenali sebagai lubuk warga asing namun mahu dikenali dengan hab perniagaan usahawan muda,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis angkat sumpah Anggota Jawatankuasa Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Datuk Ang Say Tee berkata bagi menyokong usaha itu, pihaknya turut menawarkan kadar sewa berpatutan kepada golongan muda yang berminat untuk mengembangkan perniagaan di Jalan Petaling.

“Kami memahami bahawa ada dalam kalangan usahawan muda yang mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dan tidak mempunyai modal yang mencukupi, jadi kami menawarkan kadar sewa yang rendah kepada mereka yang mahu berniaga di sekitar Jalan Petaling.


“Sekiranya mereka tidak mempunyai pengalaman, kami turut akan memberi latihan dan khidmat nasihat kepada mereka secara percuma,” katanya.

Ang berkata selain sebagai hab perniagaan usahawan muda, Jalan Petaling harus dijadikan sebagai destinasi bersejarah yang menarik pengkaji-pengkaji sejarah masyarakat Cina dari dalam dan luar negara.

“Jalan Petaling merupakan tapak pembukaan kota Kuala Lumpur yang bersejarah yang harus diperingati oleh semua lapisan masyarakat terutamanya dalam kalangan golongan muda.

“Hal ini kerana banyak bangunan-bangunan bersejarah seperti tokong-tokong Cina dan pasar yang berusia lebih 100 tahun turut dibina yang menarik mereka datang untuk berkunjung ke kawasan Jalan Petaling,” katanya. – BERNAMA

Kategori