Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

MARA Perkenal Tiga Pembiayaan...

KUALA LUMPUR - MARA melancarkan tiga pembiayaan baharu untuk terus membantu pelajar tempatan...

Jangan Diskriminasi Segmen Umrah

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen–Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) meminta kerajaan khususnya Kementerian...

Yang Di-Pertuan Agong Berangkat...

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat...

Najib Dibebaskan Dengan Jaminan...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selesai memberi keterangan dan...

Usahawan Perlu Keluar Dari Zon Selesa

SUNGAI PETANI – Usahawan di bawah naungan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di negeri ini yang mahu melebarkan sayap perniagaan masing-masing perlu bertekad keluar daripada kepompong keselesaan.

Exco Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata, ia perlu bagi memberi ruang dan peluang kepada usahawan lain yang baru bertapak untuk dibantu oleh Mara.

“Dahulunya Mara hanya memberikan pinjaman namun kini dimensinya sangat luas, termasuklah memberi bimbingan dan membawa mereka menerokai platform yang lebih tinggi.

“Bagaimanapun, sampai satu tahap yang mana mereka perlu berdikari, sasarkan pasaran yang lebih besar dan keluar dari kepompong sedia ada, dengan itu ada peluang untuk Mara membimbing dan membantu usahawan baharu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Pelanggan 2017 di pekarangan Pejabat Mara Daerah Kuala Muda, di sini, semalam.


Katanya, meskipun tidak lagi berada di bawah naungan Mara namun ini tidak bermakna Mara bersikap lepas tangan terhadap mereka sebaliknya bimbingan masih akan diberikan sekiranya perlu bagi membolehkan usahawan sedia ada meneroka pasaran lebih besar dan kompetitif di peringkat antarabangsa.

Sehingga tahun lalu, terdapat lebih 20,000 usahawan di negeri ini bernaung di bawah Mara. – BERNAMA

Kategori