Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Abdul Hadi Selamat Jalani...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selamat menjalani pembedahan...

Amuk Gara-Gara Bos Lambat...

BERANG gaji lambat dibayar, seorang buruh binaan bertindak di luar jangkaan apabila mengamuk...

Bunuh Bos Hanya Kerana...

GILA…seorang gadis yang menjadi bos pada usia 19 tahun di sebuah kedai kain,...

Video: Berang Suami Curang,...

SEBUAH video yang memaparkan aksi dramatik dua orang wanita bertindak ganas memecahkan cermin...

Video: Kumpulan Navy ‘Mat Saleh’ Nyanyi Lagu Khalifah

SEBUAH video nyanyian sekumpulan ‘mat saleh’ mendendangkan lagu Assalamualaikum Ustazah yang dipopularkan oleh kumpulan rock, Khalifah menjadi tular di laman sosial.

Video berdurasi dua minit itu dimuat naik oleh laman Facebook Cats FM dengan mendapat lebih empat ribu kongsian dan hampir 130 ribu tontonan sejak dimuat naik pada Jumaat.

Rata-rata netizen memuji nyanyian suara vokalis yang sungguh merdu dan sangat fasih sebutan dalam berbahasa melayu.

Menerusi rakaman, dapat dilihat bagaimana pelat inggeris yang dibawakan menjadikan lagu Assalamualaikum Ustazah ini seakan lebih unik dan lebih klasik.

“Ku jumpa dia, ku tanya dia…ustazah siapa nama aaa, aaaa  ,” dendangnya.


Difahamkan, kumpulan kugiran ini dikenali sebagai US pacific Fleet Band ‘Pipeline’ yang terdiri daripada enam anggota Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) iaitu Brent Mitchell (vokalis), Ray Lappoon, Trans Stanley, Mike DeLorean dan Paul Tomson.

Pipeline amat dikenali sebagai kumpulan cover band yang banyak membawakan lebih 40 lagu hits daripada Weezer, Maroon 5, Van Morrison dan terbaharu sudah semestinya daripada band tempatan, Khalifah.

Mereka akan mengadakan persembahan bersempena program Eksesais Pacific Partnership 2017 (PP17) anjuran Kementerian Pertahanan pada 19 April (Rabu) ini di dewan Auditorium Pustaka, Sarawak. – MYNEWSHUB.CC

Kategori