Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bapa Berang, Pengasuh Cuai...

SEORANG bayi berusia 17 bulan mengalami kecederaan melecur agak teruk, didakwa disebabkan kecuaian pengasuh...

Pengguna Internet Dinasihat Amalkan...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Mayat Di Tengah Jalan...

KUALA LUMPUR - Polis menemui beberapa kesan tetakan pada mayat yang ditemui terbaring...

Perlu Lebih Tindakan Henti...

KUALA LUMPUR - Lebih banyak perundingan dan tindakan susulan diperlukan bagi menghapuskan ancaman...

Video: Nyaris Maut… Lelaki Tertusuk Roket Di Punggung

SEORANG lelaki di Yaman telah menjadi perhatian ramai apabila tiba di sebuah hospital dengan keadaan roket yang masih lagi tertusuk pada bahagian punggung.

Menurut laporan Mirror Online, lelaki yang dipercayai menjadi mangsa perang itu amat bernasib baik kerana roket berkenaan tidak meletup dalam kejadian dirakamkan sekitar Februari lalu itu.

Difahamkan, kejadian berkenaan telah dirakamkan menerusi video berdurasi selama 48 saat sebelum dimuat naik ke dalam laman sosial, Live Leak.

Menerusi rakaman, lelaki itu dilihat berada dalam keadaan meniarap atas katil sementara pembedahan dilakukan oleh sekumpulan pakar bedah.

Pembedahan yang dijalankan itu dianggap sukar kerana roket terbabit tidak boleh dikeluarkan de­ngan mudah dan sebahagian daging paha mangsa terpaksa dipotong bagi mengeluarkan roket ber­kenaan.


Roket itu kemudian dibawa keluar dari bilik bedah itu sebaik sahaja pembedahan selesai.

Dalam pada itu, lelaki terbabit dikatakan ber­ada dalam keadaan stabil dan bernasib baik kerana kakinya tidak perlu dipotong semata-mata untuk mengeluarkan roket tersebut.

Bagaimanapun, mangsa mungkin terpaksa menjalani satu lagi pembedahan untuk membaiki tulang pahanya yang rosak akibat tusukan roket ber­kenaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori