Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 5 Lelaki,...

BUKIT MERTAJAM - Lima lelaki, dipercayai anggota sindiket menghasil dan mengedar dadah, ditahan...

Saintis Dakwa Cendawan Ditemui...

WASHINGTON - Kenderaan penjelajah milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Curiosity...

Stok Minyak Sawit Naik...

KUALA LUMPUR - Stok minyak sawit Malaysia pada November naik sebanyak 5.18 peratus...

“Saya Bertuah Dapat Berkhidmat...

KUALA LUMPUR - "Saya antara yang bertuah dapat berkhidmat dengan pasukan Johor Darul...

Video: Pasangan Gay Aceh Dicekup Jabatan Agama

VIDEO pasangan gay yang berjaya dicekup Jabatan Agama Islam Aceh, Indonesia baru-baru ini menjadi tular menerusi laman sosial.

Menerusi rakaman berdurasi 2 minit 54 saat itu, salah seorang daripada mereka dilihat bertelanjang bulat dan mula panik ketika cuba menghubungi ahli keluarganya sebaik sahaja diserbu penguatkuasa Jabatan Agama Aceh.

“Bang, tolong kami bang, kami ditangkap!” rayu salah seorang lelaki berkenaan ketika kantoi dicekup pihak berkuasa agama tempatan wilayah tersebut.

Lapor Kanalaceh.com, aduan penduduk setempat di Rukoh, Banda Aceh membuatkan pasangan sejenis itu berjaya ditangkap ketika sedang berkhalwat di sebuah bilik rumah sewa, kira-kira jam 11 malam, Selasa lalu.

Menurut cerita penduduk kampung, mereka berdua kerap dilihat bermesra-mesraan seperti pasangan suami isteri yang baharu berkahwin.


Ketika serbuan, penguatkuasa agama turut menemui beberapa barangan bukti berupa kondom. Salah seorang daripada gay tersebut turut disepak.

Selepas disoal siasat, pasangan tersebut mengaku bahawa mereka sudah menjalinkan cinta selama tiga bulan dan sudah beberapa kali melakukan hubungan seks luar tabii.

Pasangan gay berkenaan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan jika disabitkan bersalah, kedua-dua mereka akan dihukum sebanyak 100 kali sebatan di khalayak ramai. – MYNEWSHUB.CC

Kategori