Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Nafi Berlaku Kacau...

KUALA LUMPUR - Polis menafikan berita kononnya akan berlaku kacau-bilau perkauman pada Sabtu...

Pemilik Kedai Runcit Ditahan...

KOTA BHARU - Seorang pemilik kedai runcit ditahan selepas bertindak menetak kepala seorang...

Lantikan Kontrak Perkhidmatan Awam...

KUALA LUMPUR: Pengambilan secara lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam adalah langkah interim (bersifat...

PAC Gesa Audit Dana...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menggesa pihak berkuasa mengaudit pelaburan...

Wajah Mohamad Thaqif Amin Luar Biasa – Nooh Gadut

JOHOR BAHRU – Bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut melihat wajah Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang meninggal semalam sebagai bercahaya, tersenyum, berseri serta luar biasa.

Beliau yang melawat jenazah pelajar tahfiz bersama beberapa pegawai dari Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di Hospital Sultan Ismail semalam, memuji kebesaran Allah serta fadhilat membaca Al-Quran sebagai amalan oleh pelajar berkenaan.

“Saya lihat wajah Allahyarham memang luar biasa. Betullah seperti yang diperkatakan bahawa Al-Quran adalah cahaya. Cahaya bukan sahaja dalam tetapi terserlah di wajah Allahyarham.

“Saya melihat dengan sahabat-sahabat yang lain wajahnya tersenyum, berseri dan macam orang hidup lagi. Itulah kelebihan (orang yang membaca Al-Quran),” kata Penasihat MAINJ itu kepada pemberita.

Beliau menghadiri majlis perasmian Multaqa Ulama’ Darul Takzim Ke-5 sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Rasmi Sultan Johor 2017, di Persada Johor di sini hari ini.

Beliau turut kagum apabila diberitahu mengenai hasrat Allahyarham yang mahu menghafal 30 juzuk Al-Quran.

Kes Dirotan Ustaz: Pelajar Tahfiz Meninggal Dunia


Nooh juga terharu melihat dengan kesabaran ibu bapa Allahyarham Mohamad Thaqif Amin yang reda menerima ujian tersebut sebagai qada’ dan qadar daripada Allah.

Beliau turut menghargai keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap penderitaan pelajar tahfiz itu dan menghantar wakilnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menziarahi jenazah Allahyarham.

“Saya berharap kisah ini ada hikmah, ada rahsia yang akan dijadikan kesedaran semua pihak, pihak sekolah dan lain-lainnya,” kata beliau.

Sehubungan itu, pihak JAIJ dijangka akan memanggil pengetua-pengetua tahfiz untuk satu pertemuan serta taklimat penyelarasan dalam jangka masa terdekat itu bagi melihat penambahbaikan pengurusan dan pendidikan tahfiz termasuk prosedur pengambilan pekerja di institusi tersebut.

“Semua pekerja kena pastikan tiada kes polis, tiada kesalahan yang boleh membawa kepada perkara seumpama ini,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori