Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Selamat Selepas Hampir 20...

HULU TERENGGANU - Tiga pekerja sebuah syarikat swasta ditemui selamat selepas terkandas hampir...

Restoran Tahfiz Paksa Ikan...

DEMI memastikan keenakan hidangan ikan patinnya, sebuah restoran di Kuantan yang berkonsepkan kebajikan buat pelajar tahfiz...

Penggunaan Bot Pam Masih...

KOTA KINABALU - Isu penggunaan bot pam di perairan Sabah khususnya di pantai...

Keith Foo Mahu Fokus...

AKTOR Keith Foo yang mula popular dalam kalangan peminat Malaysia menerusi lakonannya dalam...

Wakil Rakyat Perlu Manfaat Sidang DUN Bela Nasib Rakyat

KOTA KINABALU – Semua wakil rakyat di Sabah perlu memanfaatkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai ruang terbaik untuk menggerakkan usaha membela nasib rakyat, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata mereka juga juga perlu menjadikan persidangan DUN sebagai peluang dan platform untuk menggubal dasar-dasar kerajaan lebih pragmatik dan berupaya memacu pembangunan, kemajuan dan kemakmuran berterusan.

“Persidangan DUN kali ini sangat penting kerana kita akan melihat dan menilai, memperjelas dan mengupas, di samping berbahas atas ucapan dasar dan isu semasa bertunjangkan kepentingan rakyat dan keperluan negeri ini keseluruhannya.

“Saya menyeru semua anggota DUN supaya menghayati sepenuhnya intipati ucapan dasar disampaikan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin,” katanya berucap pada majlis Makan Tengah Hari bersempena upacara pembukaan rasmi Penggal Kelima DUN Sabah ke-14 di sini, hari ini.

Pelbagai perkara disentuh dalam ucapan dasar termasuk pelaksanaan projek pembangunan dan prestasi sektor terpenting di Sabah seperti pelancongan, pertanian, perhutanan, pendidikan, minyak dan gas, pentadbiran, pembangunan infrasturktur dan alam sekitar.

Musa berkata kerajaan amat memerlukan sokongan padu dan kerjasama rapat daripada semua pihak bagi membentuk satu pasukan jitu dalam memastikan kejayaan dan pencapaian dasar kerajaan sekali gus memacu momentum pembangunan negeri dengan lebih mudah dan efektif.

Beliau turut menggesa jabatan dan agensi pelaksana meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian serta jentera pentadbiran di semua peringkat agar setiap projek pembangunan benar-benar dapat dimanfaatkan rakyat.


“Dalam konteks ini, amalan akauntabiliti, berintegriti, berdisiplin, berdaya saing, kreatif dan inovatif perlu terus dibudayakan dalam organisasi masing-masing,” katanya.

Terdahulu, sebelum memulakan ucapan, Musa mengajak semua hadirin majlis makan tengah hari itu untuk bertafakur seminit bagi memperingati Anggota Dewan Undangan Negeri Tungku Datuk Mohd Suhaili Said yang meninggal dunia pada 24 Mac lepas.

“Persidangan pada kali ini, walaupun serupa dan sama pentingnya dengan persidangan terdahulu, namun, sudah pasti kita merasa kehilangan Allahyarham.

“Allahyarham adalah seorang pemimpin yang komited, dedikasi, berpendidikan agama, berbudi pekerti serta mempunyai kebolehan berpidato tersendiri; bahkan amat disenangi oleh rakan-rakan dalam kalangan Ahli Yang Berhormat,” katanya.

Mohd Suhaili, 56, meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Jalan Ampa

ng, Kuala Lumpur akibat kanser hati. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • DUN

Kategori