Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

SOSMA: Muhyiddin Dan Shafie...

KOTA KINABALU - Seorang Ketua UMNO Bahagian hari ini mendakwa Timbalan Presiden UMNO...

PRU15: 15 Kertas Siasatan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 15 kertas siasatan atas pelbagai...

Mahkamah Ditutup Susulan Lanjutan...

PUTRAJAYA - Susulan lanjutan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mahkamah di seluruh negara...

AirAsia ‘Terbangkan’ Harimau Malaya...

SEPANG - Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menyemarakkan lagi kehangatan separuh akhir kedua...

Wanita Didakwa Sebabkan Kematian Polis Dan Isteri

BALING – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian seorang pegawai kanan polis dan isterinya, 18 April lalu.

Yeoh Chiew Fern, 36, didakwa memandu di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, Mohd Noor Mat Yaub, 38, dan isterinya, Suriya Ab Rahman 37, di Kampung Telok Teduri, Jalan Baru Kupang-Baling dekat sini pada 7.15 pagi, 18 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM8,000 dan tidak lebih RM20,000.

Pegawai Perundangan/Siasatan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Baling Inspektor Harlina Othman tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh, bagaimanapun tertuduh yang juga seorang penganggur, memohon kepada mahkamah agar dia dibenar diikat jamin.


Majistret Mohd Izmi Ibrahim menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, manakala lesen memandu tertuduh digantung bermula hari ini sehingga mahkamah membuat keputusan muktamad berhubung kes itu.

Mahkamah menetapkan 30 Mei ini sebagai tarikh sebutan kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen. – BERNAMA

Kategori