Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Saksi Lihat Bunga Api...

KLANG - Pertunjukan bunga api sempena sambutan Tahun Baharu 2017 di tapak Fiesta...

Dondang Sayang Terima Pengiktirafan...

KUALA LUMPUR - Seni dan warisan yang sinonim dengan negeri Melaka, Dondang Sayang...

Remaja Pembunuh Ibu, Lahirkan...

DENPASAR - Seorang remaja perempuan yang dibicarakan atas tuduhan membunuh ibunya, melahirkan bayi di...

MARA Diletak Bawah Kementerian...

KUALA LUMPUR — Kerajaan telah memutuskan untuk meletakkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di...

Wanita Dikurung 16 Tahun Kerana Lahir Anak Luar Nikah

SEORANG wanita yang dihukum oleh keluarganya dengan mengurungnya dalam keadaan bogel di dalam sebuah bilik sempit selama 16 tahun disebabkan dia mengandung luar nikah akhirnya berjaya diselamatkan.

Maria Lúcia de Almeida Braga, dari Brazil, telah dikurung di dalam bilik sempit berukuran 3×3 meter selepas mengandung pada usia 20 tahun.

Anak luar nikah yang dikandungnya itu telah diserahkan kepada keluarga angkat sebaik sahaja dilahirkan.

Bilik di mana Maria dikurung itu tidak mempunyai tandas dan bekalan elektrik. Ia hanya mendapat cahaya melalui tingkap dan bilik berkenaan juga berbau busuk serta dipenuhi najis.

Dia hanya diberikan makan dua kali sehari. Maria diselamatkan pada 9 Mac lalu namun berita mengenainya baru diketahui ramai.

Susulan itu juga, abangnya, João de Almeida Braga, 48, telah ditahan dan kini berdepan dengan hukuman penjara lapan tahun.

Ibunya sebelum ini dilaporkan tidak bersetuju dengan hukuman tersebut namun tidak mampu melawan abangnya. Ketika polis tiba, mereka terpaksa memecahkan mangga di pintu.


Maria dilaporkan mengalami masalah mental dan hanya terbaring.

“Tidak kira berapa kuat dia menjerit, tiada siapa yang mendengarnya kerana rumah berkenaan terletak di kawasan pedalaman.

“Maria sangat kurus dan mengalami masalah pertuturan. Dia kini mula menulis semula. Manakala anak kandungnya telah dikenalpasti dan mereka akan disatukan tidak lama lagi,’’ kata polis. – MYNEWSHUB.CC

Kategori