Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Digigit ‘Raja’ Nyamuk, Muka...

WAJAH seorang lelaki di China didakwa bertukar seperti belon selepas digigit oleh seekor...

Pekerja Selain Nepal Dibenar...

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memulakan rundingan dengan negara sumber baharu untuk...

Roller Coaster Terkeluar Rel,...

SEPULUH mangsa dilaporkan cedera apabila beberapa gerabak roller coaster yang dinaiki di sebuah...

Larian Obor KL2017 Dapat...

REMBAU - Seramai 5,000 orang memohon untuk menyertai Larian Obor KL2017 sempena Sukan...

Wanita Ditahan Buat Status Jelik Terhadap Sultan

JOHOR BAHRU – Seorang wanita ditahan malam tadi selepas memuat naik satu kenyataan jelik terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan institusi diraja Johor melalui aplikasi Facebook.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata polis Johor menerima satu laporan mengenai kejadian berkenaan kira-kira 12.30 tengah hari, 9 April lepas.

“Bertindak daripada laporan tersebut, satu kertas siasatan telah dibuka bagi menjalankan siasatan lanjut serta mengesan individu dipercayai memuat naik kenyataan jelik berkenaan.

“Hasilnya, pada 11.30 malam tadi, polis menahan seorang wanita berumur 48 tahun, di Brickfields, Kuala Lumpur dipercayai individu bertanggungjawab memuat naik kenyataan jelik tersebut,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata wanita terbabit yang merupakan seorang ahli perniagaan kini direman sehingga 14 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Katanya polis Johor tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan laman sosial dengan mengeluarkan kenyataan palsu, menyakitkan hati, menganiaya, mengugut serta mengganggu orang lain. – BERNAMA

Kategori