Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Keputusan PAS Tidak Sertai...

KUALA LUMPUR - Keputusan PAS tidak bersama dalam perhimpunan haram Bersih 4 merupakan...

Tiada Kes Difteria Dilaporkan...

JOHOR BAHARU — Tiada kes difteria dilaporkan setakat 10 tahun kebelakangan ini di...

Rakyat Johor, Janganlah Bersedih...

"Janganlah bersedih, dan janganlah hampa, kerana kita masih bernafas. Dunia belum berakhir, ianya...

Mahkamah Khas Tangani Peniaga...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengusulkan cadangan untuk...

Wanita PAN Desak Warden Tahfiz Dihukum Keras

KUALA LUMPUR – Wanita Parti Amanah Negara (PAN) mendesak supaya pembantu warden sebuah sekolah tahfiz dekat Kota Tinggi, Johor dikenakan hukuman yang keras kerana didakwa menyebabkan kematian seorang muridnya.

Ketua Wanita PAN, Dr. Siti Mariah Mahmud menyifatkan pembantu warden sekolah tahfiz sebagai seorang pesalah memandangkan lelaki tersebut memiliki rekod jenayah lampau melibatkan perbuatan mencuri walaupun siasatan polis ke atas kes itu belum lagi selesai.

“Berita yang melaporkan bahawa pembantu warden itu memiliki rekod jenayah juga cukup mengejutkan. Bagaimana seorang yang bermasalah seperti itu boleh diberikan kerja yang membabitkan soal keselamatan orang lain?

“Saya berharap supaya hukuman yang keras dijatuhkan terhadap pesalah ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Siti Mariah berkata, kecederaan yang di alami murid tersebut sehingga menyebabkan ada anggota tubuh badannya terpaksa dibuang akibat dipukul oleh pembantu warden langsung tidak boleh diterima oleh sesiapa.

“Saya juga berharap agar semua pihak, organisasi dan sebagainya menyiasat lebih terperinci tentang individu yang akan diterima bekerja khususnya dalam soal yang melibatkan keselamatan,” katanya lagi.


Media hari ini melaporkan, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gaddafi, 11, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.05 petang tadi.

Allahyarham sebelum ini menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat jangkitan kuman yang didakwa kesan akibat dipukul pembantu warden.

Kira-kira pukul 8 pagi tadi, Mohamad Thaqif Amin dijadualkan melalui proses pembedahan memotong tangan kanannya yang turut dijangkiti kuman sebelum dilaporkan terpaksa ditangguhkan atas faktor kesihatan jantung. – MYNEWSHUB.CC

Kategori