GILA seks, itu yang digambarkan terhadap seorang lelaki yang ‘rancak’ melakukan onani di tepi kereta seorang wanita yang diparkir di tingkat tiga sebuah pusat membeli belah di Penampang, Sabah.
Menerusi perkongsian Qing WcLee di Facebook, kejadian berlaku kira-kira jam 4.52 petang semalam apabila dia masuk ke dalam keretanya selepas selesai membeli belah.
Qing berkata, tabiatnya yang sering mengunci pintu sebaik sahaja masuk ke dalam kereta berjaya menyelamatkannnya daripada menjadi mangsa pemuas nafsu seks lelaki tersebut.
Menurutnya, lelaki tersebut cuba membuka pintu belakang sebaik sahaja melihat Qing merakam perbuatannya menggunakan telefon bimbit.
Qing kemudiannya membunyikan hon kereta apabila menyedari lelaki itu cuba membuka pintu di bahagian penumpang.
Lelaki tersebut dengan muka terkejut terus melarikan diri.
Video yang berdurasi 20 saat itu jelas memaparkan seorang lelaki berbaju hitam berdiri di tepi pintu bahagian penumpang sedang beronani sebelum melarikan diri.
Kejadian tersebut mendapat reaksi daripada netizen yang mahukan lelaki tersebut dikenakan tindakan sewajarnya.
Video tersebut menjadi tular di media sosial dan dikongsi lebih 1,011 kali. – MYNEWSHUB.CC