Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Seorang Ditahan Sebar Berita...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja...

Ramai Hadir Kuliah Nik...

KUALA LUMPUR - "Tok Guru Nik Aziz (bekas Murysidul Am PAS, Allahyarham Datuk...

Nekad Failkan Cerai Sebab...

AKIBAT tertekan tidak mempunyai tandas dalam rumah, seorang wanita dari New Delhi, India...

52 Masih Hilang Selepas...

SEOUL - Pasukan penyelamat masih belum dapat mencari 52 orang yang hilang selepas...

Wanita Terberat Di Dunia Ke UAE Untuk Rawatan Susulan

NEW DELHI – Seorang wanita Mesir yang dipercayai paling berat di dunia dan kini dirawat di Hospital Saifee, Mumbai akan diterbangkan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk rawatan lanjut.

Agensi berita China Xinhua memetikĀ kenyataan dikeluarkan pihak hospital, wanita dikenali Eman Ahmed Abd El Aty dahulunya mempunyai berat badan kira-kira 500 kilogram tetapi kini turun kepada 172 kilogram.

“Pasukan doktor India di Hospital Saifee telah melakukan tugas yang hebat dan proses pemulihan juga berjalan lancar. Wanita itu dalam keadaan stabil dan di bawah kawalan.

“Wanita itu masih perlu melalui proses pemulihan saraf dan fisioterapi,” menurut kenyataan Ketua Bahagian Pembedahan, Bariatric Aparna Bhasker.

“Memandangkan rawatan di sini telah selesai, rawatan lanjut akan diteruskan di Hospitak Burjeel UAE,” katanya.

Menurut doktor, wanita berusia 36 tahun itu akan menjalani rawatan “fisioterapi sekunder” di hospital UAE memandangkan hospital berkenaan berhampiran dengan kediaman keluarganya.


“Eman Ahmed di bawa ke Mumbai menggunakan pesawat kargo sewa khas dan akan kembali ke UAE sebagai penumpang penerbangan kelas perniagaan,” kata kenyataan itu.

Beliau tiba di Mumbai untuk menjalani pembedahan pengurangan berat badan pada Febuari.Ā Menurut laporan yang memetik ahli keluarganya, Eman Ahmed tidak keluar dari rumahnya selama 25 tahun. – BERNAMA

Kategori