Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Keputusan UPSR Lewat Sebab...

PUTRAJAYA - Kelewatan pengeluaran keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pelaporan Pentaksiran...

Tragedi KRI Nanggala-402: Jumpa...

JAKARTA - Satu kawah misteri dengan diameter 38 meter (m) ditemui berdekatan bangkai...

Video: Ngeri, Bekas Jahitan...

Terkesima tatkala melihat video ngeri bekas jahitan yang terbuka secara tiba-tiba hingga menampakkan...

141 Ekor Tenggiling Cuba...

ALOR SETAR - Sebanyak 141 ekor tenggiling hidup jenis 'Manis Javanica' yang dipercayai...

Peguam Khas Bela Budak Mangsa Cerai – Wanita UMNO

KUALA LUMPUR – Penyediaan peguam khas di Mahkamah Syariah untuk membela nasib kanak-kanak mangsa perceraian adalah antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pemandu Undang-Undang Syariah, Pergerakan Wanita UMNO dalam mesyuarat pertamanya hari ini.

Naib Ketua pergerakan itu, Datuk Azizah Mohd Dun berkata hasrat itu perlu diperjuangkan kerana anak-anak mangsa perceraian memerlukan pembelaan demi masa depan mereka.

“Undang-undang keluarga perlu ditambah baik dan dikaji semula . Sebab itu kita kemukakan cadangan ini. Selama ini apabila berlaku kes di mahkamah… ibu bapa ada peguam, tetapi anak-anak terbiar. Siapa yang akan membela nasib dan kebajikan mereka? ” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Hadir sama dalam mesyuarat kira-kira tiga jam itu ialah Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga Exco Wanita UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, ketua hakim syariah negeri-negeri, wakil Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, pengamal undang-undang serta ahli politik.

Jawatankuasa Pemandu Undang-Undang Syariah diwujudkan hasil perbincangan pada Sidang Meja Bulat Syariah anjuran Biro Perundangan dan Advokasi, Pergerakan Wanita UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2016.


Dalam perhimpunan agung itu, Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu yang menekankan kepada tiga aspek utama iaitu penyeragaman undang-undang syariah, perundangan perwarisan harta pusaka orang Islam dan pemerkasaan Mahkamah Syariah.

Azizah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata turut disentuh dalam mesyuarat itu adalah cadangan mewujudkan lima hierarki Mahkamah Syariah, menambah jumlah hakim wanita serta urusan mengenai pengurusan harta pusaka.

“Pihak berkepentingan yang hadir pada hari ini menyokong usaha kami dan memberi penjelasan intensif. Kami harap perjuangan ini akan dapat memberi nikmat kepada masyarakat Islam. Ini adalah suatu permulaan dan perbincangan seterusnya akan diadakan kelak supaya cadangan-cadangan ini dapat dilaksanakan,” katanya. – BERNAMA

Kategori