Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Perlombongan Berkembang Sederhana Tahun...

KUALA LUMPUR - Nilai tambah sektor perlombongan terus berkembang pada kadar sederhana sebanyak...

Tunai Umrah Tak Ikut...

KUALA LUMPUR - Perbuatan golongan transgender (mukhannas) menunaikan umrah secara tidak mengikut jantina...

Dewan Rakyat Lulus Belanjawan...

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Belanjawan 2022) peringkat Jawatankuasa.Rang...

Prasekolah, Tabika Dibuka Bermula...

KUALA LUMPUR - Semua prasekolah dan tabika akan dibuka kembali bermula 1 Julai...

Warga Emas Antara 34 Penagih Ditahan AADK

TELUK INTAN – Seorang warga emas merupakan antara 34 penagih dadah ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hilir Perak menerusi Op Bersepadu selama dua hari yang berakhir petang tadi.

Ketua Pegawai AADK Hilir Perak, Najmiah Hanafi berkata lokasi operasi tersebut tertumpu di kawasan panas yang sering dijadikan tempat penagihan dadah serta mendapatkan bekalan bahan terlarang itu di sekitar Telur Intan dan Bagan Datuk.

Katanya lelaki berumur 60 tahun yang juga patah kaki akibat kemalangan jalan raya itu ditahan di luar sebuah rumah di Pasir Bedamar di sini dan berdasarkan ujian air kencing, warga emas yang memiliki banyak rekod lampau berkaitan dadah itu positif dadah jenis opiat.

“Kita turut memberkas seorang wanita berumur 27 tahun bersama kekasihnya, 30-an, yang positif methamphetamine dan sedang khayal di sarang dadah di Selabak, di sini.

“Kesemua yang ditahan berumur antara 19 dan 60 tahun serta kebanyakannya merupakan penagih yang pernah ditahan sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas operasi itu di sini hari ini.


Operasi yang bermula 10 malam semalam itu melibatkan 40 anggota AADK dan anggota Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, katanya. – BERNAMA

Kategori