Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Rezeki Gadis OKU Jual...

KEMAMAN - Sejak berita kegigihan seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) jual kuih...

Kena Cerai Sebab Asyik...

SEORANG lelaki telah menceraikan isteri yang baru dikahwininya selepas wanita berkenaan terlalu sibuk melayan...

Institusi Pendidikan Bawah KPM...

KUALA LUMPUR - Pengoperasian institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengikut ketetapan...

Jamin Tidak Naik Cukai...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan cukai korporat yang ketika...

Warga Emas Ditemui Mati Dalam Kereta

KUANTAN – Seorang warga emas ditemui mati di dalam kereta miliknya di tempat letak kereta kawasan perniagaan Bandar Lama Lipis dekat sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azry Akmar Ayob berkata mangsa yang dikenali sebagai Loh Poh Keong, 86, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam pada pukul 11.30 pagi.

“Mangsa dipercayai rebah di tempat duduk penumpang hadapan. Kereta mangsa tidak berkunci dan orang awam yang menemui mangsa memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Azry Akmar berkata mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.

Menurutnya kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BERNAMA

Kategori