KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Nepal ditemui mati dalam sebuah longkang di hadapan sebuah bangunan di kawasan Industri Mega Bandar Teknologi Kajang, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata lelaki berkenaan dikenali sebagai Lawa Prakash, 34, yang disyaki mati dipukul telah ditemui oleh orang ramai pada 9.15 pagi tadi.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau berada di tempat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA