Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Parti Alternatif Rakyat Jadi...

GEORGETOWN - Sebuah parti politik baharu, Parti Alternatif Rakyat (PAP) akan ditubuhkan sebagai...

Penapisan Kandungan Dalam Media...

KUALA LUMPUR - Kandungan semua media alternatif seperti blog dan media sosial perlu...

Pemuda UMNO Hantar Misi...

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO menggerakkan satu pasukan sukarelawan khas Misi Bantuan...

Wang Hantaran Perlu Ikut...

SUSULAN isu video pergaduhan yang melibatkan keluarga dua belah pihak pengantin perempuan dan...

Wow Pelacuran BB: RM700 & Macam-Macam Ada!

25 tahun jadi wartawan, isu pelacuran bukan perkara baharu. Malah, dalam sedekad ketika aktif melaporkan isu pop sosial, ada lebih 100 kali pengalaman bersama pihak kuasa membuat serbuan ke lokasi berkaitan pelacuran.

Dari lokasi hotel lampu merah (imej hotel pelacur murah) hinggalah ke hotel mewah, siri laporan ops pelacuran sentiasa stereotaip.

Wow! Agen Seks Cara Baharu Di Kuala Lumpur

Ada sekali ja yang hot. Penguatkuasa serbu dan tercekup VIP. Heboh Malaya!

Pelacuran bukan fenomena. Tetapi virus sosial yang sukar dikawal. Sesuai dengan imejnya sebagai pekerjaan paling tua di dunia.

Jadi bertemu gadis broker seks di cafe elit Bukit Bintang (BB) bukan satu kejutan. Hanya terkejut sebab disapa gadis tidak dikenali. Serta budaya straight to the point.

“Sekarang ada bule baru tiba semalam,” kata gadis agen ini. Sekarang saya faham kenapa dia mengenakan jeans yang simple, t-shirt hitam dan topi besbol. Dia bijak menampilkan diri dengan imej kaki shopping di mall.

Pakaian kasual bukan imej industri pelacuran. Industri pelacuran menjual tarikan nafsu. Cuma, dalam persaingan sengit serta kurangnya permintaan kerana persekitaran ekonomi yang perlahan – promosi pelacuran perlu agresif.

Broker seks perlu menyamar mencari pelanggan.

“Ada yang muda… amoi lagi,” kata gadis agen ini.

Saya tanya: “Amoi dari China? Bule dari mana?”

Dia terus rimas dan menjawab: “Ke hotellah… senang. Boleh tengok semua.”

Saya tanya: “Hotel mana?”

“Gini,” kata gadis agen. “Aku telfon nanti mobil bawa kamu ke sana. Senang. Tunggu di sini saja.”

Saya geleng kepala: “Mesti tahu hotel mana sebelum pergi?”


Agen nampak keberatan. Saya masih perlu beberapa maklumat kerana sudah ada idea menulis mengenai pengalaman ini.

Pendek cerita: Bule (gadis Inggeris) saya yakin ialah pelacur Asia Tengah atau dari Ukraine atau Georgia. Kemasukkan pelacur kulit putih sudah melimpah sejak penghujung tahun sembilan puluhan. Krisis politik dan kemelesetan ekonomi di bekas jajahan Rusia, punca melimpahnya gadis-gadis cantik ala Maria Sharapova dan Anna Kournikova ke BB.

Amoi pula bukan isu baharu. Pelacur China memang paling ramai di pasaran. Diimbangi oleh pelacur Indo China. Isu intergrasi tanpa visa sesama Asean dan lambakan visa pelajar yang dipalsukan menjadikan sindiket mudah membawa masuk pelacur Vietnam dan China.

Mudah lagi cerita. Agen ini sedang memasarkan pelacuran: “Semuanya tentang promosi!”

Sebab kata gadis agen: “Pergilah dulu. Lihat-lihat. Sebab sekarang lagi promosi!”

Saya sudah menerobos masuk ke hampir semua hotel kelas pelacuran di BB. Samada bersama operasi pihak berkuasa atau sendirian dengan menggunakan spy cam untuk bahan siaran berita lebih sensasi. Malah, pernah akrab dengan seorang kapten pelacuran yang terkenal.

Ketika operasi besar-besaran setelah Tan Sri Musa Hassan dilantik menjadi Ketua Polis Negara, banyak kapten gulung tikar. Akhirnya, kapten yang kaya-raya ini terpaksa memindahkan wang tunai dan pelacur di bawah jagaan sindiketnya ke Jakarta. Tiada ruang bagi industri pelacuran ketika Musa Hassan melancarkan ops bertubi-tubi.

Kisah gadis agen ini, serta maklumat yang diberikan, hanyalah imbauan memori. Pelacuran di BB dan KL masih ada. Cuma dengan Modus Operandi yang lebih tersusun. Malah, semakin spesifik dan profesional. Ia gambaran pelaburan ratusan juta bagi perniagaan gelap ini, memerlukan banyak perubahan bagi membolehkan pelacuran terus hidup.

Saya juga yakin, polis sudah mencederakan banyak bahagian tubuh kongsi gelap pelacuran. Mereka boleh wujud tapi sukar berkembang. Gadis agen adalah gambaran betapa teruknya perniagaan pelacuran hingga promosi perlu dibuat dengan kaedah: Mengintai pelanggan berpotensi.

Tahniah Polis. Saya yakin, ia terjadi kerana perang berterusan yang dilancarkan!

Kategori