Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Rihanna Kembali Bercinta Dengan...

PENYANYI Rihanna dilaporkan kembali bercinta dengan rapper Drake, menurut sumber yang rapat dengan...

Gempa Sederhana Gegar Minahassa,...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 skala Richter menggegarkan Semenanjung Peninsula,...

Istana Negara Nafi Agong...

KUALA LUMPUR – Istana Negara menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong,...

Pencuri Kabel Terjun Tasik...

Kajang : Pencuri kabel nekad terjun ke dalam tasik bagi mengelakkan ditahan polis...

Zahirah Macwilson Nafi Putus Dengan Zul Ariffin

INI bukanlah pertama kali hubungan cinta aktor Zul Ariffin dan aktres Zahirah Macwilson diduga dengan khabar angin perpisahan.

Mungkin jarang memuat naik gambar bersama membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai status terkini hubungan Zahirah dan Zul.

Berdasarkan pemerhatian mata kasar pun, sudah lama benar pasangan ini tidak kelihatan bersama di mana-mana majlis hiburan yang dibuat.

“Hubungan kami masih baik, cuma kami tidak mahu bercerita tentang perkara ini kepada umum. Cukuplah antara kami berdua sahaja yang tahu,” kata Zahirah kepada sebuah akhbar tempatan.

Zahirah Macwilson Nafi Putus Dengan Zul Ariffin
Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson mungkin masih hangat bercinta namun mereka jarang sekali dilihat menghadiri majlis-majlis rasmi bersama.

“Lagipun saya lebih selesa hubungan ini tidak diperkatakan umum. Saya tidak kisah apa andaian orang. Saya bahagia bersamanya meskipun jarang muncul bersama di mana-mana.”

Oleh kerana sudah lali dengan pertanyaan tentang percintaan mereka, Zahirah tidak lagi ambil tahu dengan gosip-gosip yang disebarkan orang ramai yang seakan-akan mahu melihat hubungannya dengan Zul kecundang di tengah jalan.


Bukan tiada lagi cinta, tetapi mereka berdua telah bersetuju dan lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka bercerita dan menjaja kisah cinta mereka kepada umum.

Zahirah dan Zul mahukan privasi untuk melindungi hubungan mereka, dan mengakui mereka masih bahagia bersama meskipun sering difitnah perkara yang tidak benar. – MYNEWSHUB.CC

Kategori