Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengganas Kulit Putih Anti...

WELLINGTON - Brenton Tarrant, pengganas kulit putih yang melepaskan tembakan rambang di masjid...

Perkhidmatan Wayang Mini Kini...

RAMAI yang bertanyakan soalan bagaimanakah caranya untuk menonton filem secara online di peranti...

2 Maut, 16 Hilang...

DUA orang disahkan maut manakala 16 lagi anak kapal masih hilang apabila sebuah kapal laut...

Akta Baharu Ganti Akta...

KUALA LUMPUR – Kerajaan dalam usaha memuktamadkan undang-undang baharu yang bakal menggantikan Akta...

Zuraida Minta Jangan Kait Dengan Ketua AMK Ampang

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin tidak mahu dikaitkan dalam kes dihadapi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly.

Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR berkata, walaupun beliau adalah Ketua PKR Ampang, tetapi Adam yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah Ketua AMK Ampang yang dipilih.

“Cubaan untuk kait kedudukan saya selaku Ahli Parlimen Ampang dengan Adam yang disiasat SPRM adalah percubaan lemah untuk memacu persepsi umum ke arah mengaitkan saya dalam kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ekoran tindakan Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos membuat laporan SPRM terhadap Ahli Parlimen Ampang itu semalam susulan kes dihadapi ketua pemudanya.

Adam disiasat SPRM di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla) SPRM.

Zuraida Minta Jangan Kait Dengan Ketua AMK Ampang

Jutawan muda bumiputera tersebut didapati memiliki kekayaan cukup luar biasa dalam usia 28 tahun termasuk menerima gelaran Datuk walaupun baru sepenggal memegang jawatan dalam PKR Selangor.


Zuraida yang kelihatan gusar dengan dakwaan ke atas dirinya terpalit ekoran kes Adam sebaliknya mendakwa Jamal konon seperti haiwan liar yang bebas berkeliaran membazirkan sumber awam.

“Mungkin beliau tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk menjadi tentera upahan yang dapat mematuk dedak haram yang mengenyangkan setiap kali berbuat demikian oleh tuannya.

“Jamal tetap seorang pengacau dan samseng murahan,” katanya. Terdahulu Zuraida menjadi perhatian netizen antikerajaan ekoran mendakwa konon tidak begitu mengenali sangat si Adam itu.

Bagaimanapun dakwaan tersebut mencetuskan persoalan apabila tular menerusi media sosial menunjukkan gambar dirinya dengan Adam dalam pelbagai program parti selama ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori