Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Anwar Dibawa Ke Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar...

Demi Rakyat, Ahli Parlimen...

PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap semua Ahli Parlimen termasuk daripada blok...

Malaysia Bakal Terima Pelaburan...

KONGLOMERAT Arab Saudi, Ajlan Bros Holding Group bakal melabur hampir RM34 bilion (AS$7.5...

Sami Buddha Bangkit Sentimen...

BANGKOK - Sentimen anti-Islam di Thailand dikatakan semakin berkembang pesat, berikutan kepercayaan karut...

11 Maut, 27 Cedera Dalam 2 Kemalangan Berasingan

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 11 terbunuh manakala 27 lagi cedera dalam dua kemalangan berasingan di daerah Amritsar dan Bathinda, Punjab, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut polis, tujuh termasuk tiga wanita terbunuh manakala sembilan yang lain cedera apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai dipandu secara melulu, melanggar beca bermotor dan sebuah kereta yang berhenti di tepi jalan Umranangal, kira-kira 35 kilometer daripada bandar Amritsar.

Pemandu SUV itu dilaporkan tidak dapat melihat kenderaan yang berhenti di tepi jalan berikutan selekoh tajam.

“Kenderaan SUV itu mengheret kereta dan beca bermotor berkenaan sejauh beberapa meter dari tempat perlanggaran,” kata pegawai polis berkenaan.

Menurut polis, mangsa dalam perjalanan untuk memberi penghormatan di Kuil Emas, di bandar Amritsar.

Dalam satu lagi kemalangan, empat terbunuh sementara 18 yang lain parah apabila sebuah bas bertembung dengan kenderaan mini di perkampungan Jethuke di daerah Bathinda.


Pertembungan itu menyebabkan kedua-dua kenderaan remuk teruk.

“Tiga mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital di Rampura Phul,” demikian menurut polis.

Kemalangan maut seringkali berlaku di India, selalunya berpunca daripada lebihan muatan, keadaan jalan yang teruk dan kecuaian pemandu. – BERNAMA

Kategori