Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

GST: Cukai Perkhidmatan Kad...

PETALING JAYA - Pemegang kad kredit perlu membayar enam peratus Cukai Barangan dan...

Buruh Maut Akibat Terjatuh...

KOTA TINGGI - Seorang lelaki warga Indonesia maut akibat terjatuh ketika membaiki atap...

Aksi Seekor Gorila Muda...

SEBUAH video menunjukkan aksi kelakar seekor gorila menari telah tersebar luas menerusi laman...

Tidak Mengaku Ambil Suapan...

Kuala Terengganu : Penolong akauntan kanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

12 Maut Bas Sekolah Terbakar Dalam Terowong

SEBUAH bas sekolah musnah sama sekali selepas terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar di sebuah terowong di bahagian timur China, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi (waktu tempatan), sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak Korea Selatan dan dua lagi penumpang maut.

South China Morning Post melaporkan, seorang pegawai konsulat Korea Selatan di bandar Qingdao memberitahu, kanak-kanak dari sekolah tadika itu berumur antara empat dan tujuh tahun.

Semua mangsa dikatakan tinggal di Weihei, wilayah Shandong iaitu tempat kemalangan itu berlaku.

Agensi berita Yonhap yang memetik kenyataan daripada pejabat kedutaan Korea Selatan di Beijing menyebut dua yang terkorban adalah seorang kanak-kanak China dan pemandu bas manakala yang cedera adalah seorang guru.


Sementara itu, menerusi Twitter People Daily China, sebuah video dimuat naik memaparkan keadaan api yang marak pada bas berkenaan dan kenderaan lain bergerak perlahan di dalam terowong itu. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori