Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

MLM2014: Farah Quinn Akui...

SALAH seorang juri Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014), Farah Quinn mengakui dia lebih...

Isu Azan: Jawapan Alvin...

SELASA lalu, blogger seks sensasi Alvin Tan sekali lagi mencetuskan amarah masyarakat Malaysia terutama...

Tol Motosikal Di Jambatan...

LEGA... Ketika Pakatan Harapan membuat pusingan U dengan enggan memansuhkan tol lebuh raya...

Had Umur Minimum Perkahwinan...

KOTA BHARU – Had umur perkahwinan bagi lelaki dan wanita perlu di selaraskan...

150 Murid Sekolah Rendah Merokok Di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Hasil saringan yang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu melalui Program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (Kotak) berjaya mengesan 150 perokok terdiri daripada murid sekolah di negeri itu.

Lebih mengejutkan, saringan dilakukan pada tahun lepas itu, mendapati tiga daripada 150 murid yang merokok adalah murid Tahun Satu dan Tahun Dua.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohammad Omar berkata program hasil kerjasama Jabatan Pendidikan Terengganu itu diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kesihatan gigi dan mulut.

“Seramai 106,162 murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di saring tahun lalu dan 1,276 yang dikenal pasti merokok telah dipanggil untuk sesi kaunseling.

“Hasilnya, 274 perokok telah berhenti merokok selepas diberi intervensi melalui kaunseling itu dan kita berharap lebih ramai akan berhenti daripada tabiat buruk itu secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Pergigian Sedunia Peringkat Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu ketika berucap, Dr Mohammad berkata Kajian Kesihatan Mulut Kebangsaan melibatkan orang dewasa di Terengganu pada 2010 mendapati sembilan daripada 10 golongan itu mengalami kerosakan gigi; setiap orang dewasa secara purata mempunyai kerosakan dua batang gigi; 11 gigi pada setiap orang dewasa dicabut serta purata satu gigi ditampal.


“Ini menggambarkan ramai dalam kalangan golongan dewasa yang masih tidak mendapatkan rawatan pergigian sewajarnya seperti tampalan gigi bagi merawat kerosakan yang dialami.

“Dianggarkan lima peratus golongan dewasa tidak pernah mendapatkan rawatan pergigian manakala 50 peratus telah mendapatkan pemeriksaan gigi terakhir lebih dua tahun lalu dan hanya 20 peratus yang memeriksa gigi terakhir dalam tempoh setahun,” katanya.

Justeru, beliau berharap rakyat Terengganu akan lebih peka dengan penjagaan kesihatan gigi mereka agar bebas daripada sebarang risiko akibat pengabaian aspek kebersihan. – BERNAMA

Kategori