Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PAS V/S DAP: Siapa...

KUALA LUMPUR - Siapakah di antara PAS atau DAP yang akan keluar daripada...

18 Terperangkap Dalam Runtuhan...

BEIJING: Pasukan penyelamat berusaha mencari 18 orang yang terperangkap di bawah runtuhan selepas...

Nora Sebak Kongsi Berita...

KUALA LUMPUR - "Allahu Akbar, lihat cuaca, tenang dan sejuk sangat. Semoga Allah...

Ahmad Zahid Adakan Lawatan...

GEORGE TOWN - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

2 Anggota Renjer Maut, 2 Lain Cedera Serangan Di Yala

YALA – Dua anggota renjer maut manakala dua yang lain cedera dalam kejadian serangan bom dan senjata api di Kampung Khuan Nanga, Mukim Huai Krating di Yala, selatan Thailand hari ini.

Penolong Ketua Polis Balai Polis Krong Pinang Monteri Janmuang berkata, kejadian berlaku kira-kira 1.20 tengah hari waktu tempatan ketika keempat-empat anggota terbabit sedang meronda bersama dua rakan yang lain menggunakan motosikal.

“Mereka yang menaiki tiga buah motosikal telah diserang dengan serangan bom tepi jalan sebelum dihujani ledakan senjata api ketika sedang melalui jalan terbabit,” katanya kepada media di sini hari ini.

Serangan itu menyebabkan berlakunya drama berbalas tembak selama 15 minit antara anggota renjer terbabit dan kumpulan penyerang, katanya dan menambah kata, bom yang digunakan dianggarkan seberat 30kg.


Pasukan keselamatan menemui ratusan kelongsong peluru M-16 dan AK-47 di lokasi selepas kejadian.

Sementara itu di Narathiwat, sebutir bom meletup di Kampung La-o, daerah Sisakorn ketika dua anggota renjer menaiki sebuah kereta sedang dalam perjalanan pulang daripada menghadiri mesyuarat, tetapi tidak menyebabkan sebarang kecederaan. – BERNAMA

Kategori