Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ibu Rayu Percepatkan Pembedahan...

HULU TERENGGANU - Seorang ibu muda merayu agar Institut Jantung Negara (IJN) mempercepatkan...

JKDM Rampas 113,000kg Mercun...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 113,000 kilogram pelbagai jenis...

Selamba Je Dia Parkir...

GAMBAR sebuah kereta Proton Preve yang diparkir di hadapan sebuah lif menjadi viral di...

Wanita Lahir Anak Sambil...

SUDAH menjadi kebiasaan kepada para ibu mengimpikan proses bersalin menjadi sesuatu yang tenang...

2 Gelanggang Sukan SEA Alami Sedikit Kelewatan

BANGI – Pembinaan dua gelanggang untuk Sukan SEA ke-29, iaitu Empire City di Damansara dan Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur mengalami kelewatan berbanding jadual asal.

Namun Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (Masoc), Datuk Seri Zolkples Embong berkata perkara itu tidak membimbangkan kerana masih berada dalam kawalan dan acara Pra-Sukan SEA di gelanggang berkenaan telah dijadualkan semua untuk diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Empire City yang merupakan gelanggang bagi sukan luncur ais dan figure-skating sepatutnya diserahkan kepada Masoc pada akhir April, tetapi kini dijangka diserahkan pada awal Jun, manakala MITEC yang akan menjadi lokasi bagi beberapa sukan dalam dewan, akan diterima pada Julai.

“Hanya pembinaan dua gelanggang ini mengalami sedikit kelewatan manakala yang lain akan disiapkan mengikut jadual kerana ia merupakan milik kerajaan yang hanya melibatkan kerja naik taraf.

“Pagi tadi saya menghadiri majlis penyerahan Velodrom Nasional dan trek berbasikal BMX di Nilai dari Jabatan Kerja Raya kepada Kementerian Belia dan Sukan. InsyaAllah pada 25 Mei ini Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan merasmikannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan tinjauan Program Latihan Khusus Sukarelawan Sukan SEA di Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.


Menurut Zolkples, Stadium Nasional Bukit Jalil juga berada dalam keadaan terbaik dan dijangka diserahkan bulan hadapan.

Ditanya adakah kontraktor terlibat bakal dikenakan tindakan di atas kelewatan tersebut, beliau berkata: “Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak swasta yang menyediakan kemudahan ini, ia bukan di bawah bidang kuasa kerajaan, cuma kami harap pihak yang terlibat dapat mempercepatkan proses supaya ia tidak jejaskan rancangan kita.”

Menurut Zolkples, baru-baru ini Masoc juga mengeluarkan tender untuk penyediaan peralatan dan gelanggang bagi temasya dwitahunan itu, supaya kerja-kerja penyediaan dapat dimulakan dengan segera selepas gelanggang diserahkan.

Sementara itu, seramai 2,000 orang dijangka terlibat dalam persembahan dalam upacara perasmian Sukan SEA pada 19 Ogos ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, dibantu 1,500 sukarelawan untuk melancarkan penganjuran upacara tersebut. – BERNAMA

Kategori