Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Diana Danielle Disahkan Hamil...

SEKALUNG tahniah diucapkan buat pelakon berwajah Pan-Asia, Diana Danielle yang kini disahkan hamil...

Mesyuarat Pakatan Di Ibu...

Hari ini pada pukul 2.30 petang, akan berlangsung mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Pakatan...

Piala Malaysia: JDT II...

ALOR SETAR - Juara Liga Perdana, Kedah gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman...

Pemilik Rayani Air Tawar...

PETALING JAYA - Selepas pekerja Rayani Air mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Ravi Alagendrran,...

2 Lelaki Didakwa Di Mahkamah, Edar 28kg Syabu

KANGAR – Dua lelaki, seorang daripadanya rakyat Thailand, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 28 kilogram methamphetamine dua minggu lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Jamil Abdul Ghani dan Kitti Semruk selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azhar Hamzah.

Kedua-dua tertuduh yang masing-masing berusia 55 tahun didakwa mengedar dadah syabu itu di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ), Padang Besar di sini, kira-kira 2 petang pada 3 Mei lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum menurut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farhan Aliff Ahmad. Kitti Semruk diwakili Peguam S. Rethinakumar manakala Jamil tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 7 Ogos depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori